Laman ini dibangunkan untuk membantu anda yang sedang mencari Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain secara online untuk golongan dewasa dan pelajar IPT.

JAUHI RIBA!

/ 13 December

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:275-276:


“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni Neraka; mereka kekal di dalamnya."(275) 


"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (276) 


Akhir zaman ini, rata-rata umat Islam sudah tidak lagi mengenali RIBA. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Apa yang seharusnya kita lakukan ialah perlu belajar mengenali dan memahami RIBA. Seterusnya memastikan segala urusan kehidupan kita samada transaksi kewangan, perniagaan, simpanan wang, pelaburan, pinjaman, penjualan atau pembelian kesemuanya mestilah bebas daripada RIBA. 


Antara salah satu sebab mengapa seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka ialah kerana terlibat dengan RIBA. 


Mencari yang HALAL itu adalah fardhu bagi setiap Muslim.





Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:275-276:


“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni Neraka; mereka kekal di dalamnya."(275) 


"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (276) 


Akhir zaman ini, rata-rata umat Islam sudah tidak lagi mengenali RIBA. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Apa yang seharusnya kita lakukan ialah perlu belajar mengenali dan memahami RIBA. Seterusnya memastikan segala urusan kehidupan kita samada transaksi kewangan, perniagaan, simpanan wang, pelaburan, pinjaman, penjualan atau pembelian kesemuanya mestilah bebas daripada RIBA. 


Antara salah satu sebab mengapa seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka ialah kerana terlibat dengan RIBA. 


Mencari yang HALAL itu adalah fardhu bagi setiap Muslim.





Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun
Continue Reading

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:168;

“Hai sekalian manusia, MAKANLAH yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (2:168)


Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim mestilah memastikan setiap makanan yang kita makan adalah Halal dan thoiyyiban iaitu sihat dan tidak memudaratkan tubuh badan. 


Seseorang yang terlibat dengan pemakanan yang tidak Halal, maka akan hilanglah sifat malu dari dalam dirinya dan doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.




Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 

MAKANAN HALALAN THOIYYIBAN

by on 12 December
 Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:168; “Hai sekalian manusia, MAKANLAH yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan ...

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:120;

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (120)


Ayat ini merupakan peringatan daripada Allah SWT supaya kita sama sekali tidak meniru atau mengikuti telunjuk orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sebagai umat Islam, kita ada cara hidup yang tersendiri berdasarkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.



Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 


Di sini disenaraikan beberapa soalan-soalan asas untuk menilai sejauh mana pemahaman kita tentang ilmu asas fardhu 'ain yang menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim/ah untuk beribadah kepada Allah SWT. Selamat mencuba!
  •  Apakah yang dimaksudkan dengan qada' dan qadar?
  • Apakah hukum beristinjak?
  • Berapakah tempoh maksima nifas?
  • Apakah hukum minum air musta'mal?
  • Orang yang ambil wudhu', tetapi tidak membasuh kepala, adakah sah wudhu'nya?
  • Suami isteri yang telah melakukan jima', tetapi tidak mengeluarkan mani, adakah perlu mandi wajib?
  • Apakah hukum duduk iftirasy semasa duduk antara 2 sujud?
  • Apakah hukum menahan buang air ketika solat?
  • Apakah hukum berpuasa pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah?
  • Apakah warna-warna darah haid?
  • Perempuan yang berhenti haid pada waktu Maghrib, adakah perlu qadha' Solat Asar?
  • Apakah yang terjadi pada air yang kurang 2 qullah yang dimasuki najis?
  • Bagaimanakah caranya mencuci najis mukhaffafah?
  • Adakah orang yang meninggal dunia sebelum terbenamnya matahari di akhir bulan Ramadhan wajib membayar zakat fitrah?
  • Rukun solat terbahagi kepada berapa?
  • Berapakah tempoh 'iddah bagi perempuan yang bercerai hidup?
  • Bagaimanakah cara untuk bertaubat?
  • Apakah syarat-syarat untuk mengqasarkan solat?
  • Apakah perbezaan antara makmum masbuk dan muafiq?
  • Adakah membasuh telinga termasuk dalam fardhu wudhu'?

TAHNIAH! Diucapkan kepada anda yang berjaya menjawab semua soalan ini dengan betul tanpa merujuk pada mana-mana rujukan. Selamat beramal.

Sekiranya ada soalan-soalan yang anda tidak mampu jawab, tidak ingat atau tidak tahu, maka anda perlu bertindak untuk 'mengemaskini' pengetahuan dan pemahaman asas ilmu fardhu 'ain anda. Ingat! Ini baru beberapa soalan, terdapat banyak perkara lagi yang WAJIB kita tahu sebagai seorang Muslim/ah.

Belum terlambat untuk bertindak dari sekarang, pihak kami bersedia membantu anda.


Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 

 



Kelas Pengajian Ini Dikhususkan Untuk Orang Dewasa Dan Pelajar IPT Yang Ingin Mempelajari Asas-Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Bermula Dari Peringkat Awal Sehingga Pertengahan.


Kenapa Mesti Mempelajari Ilmu Asas Fiqh & Fardhu 'Ain?


  • Ilmu yang WAJIB dipelajari oleh setiap individu Muslim dan Muslimah bertujuan untuk mengamalkan segala perintah Allah SWT.
  • Untuk mengatasi kekeliruan, kerana terdapat banyaknya perbezaan pandangan di kalangan para asatizah dalam internet.
  • Sebagai benteng diri dari terpengaruh kepada fahaman dan ajaran sesat.
  • Sebagai persiapan awal sebelum bertemu Allah SWT kelak.



PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH WHATSAPP: +6 017-9361721 ATAU:



Apa Yang Bakal Dipelajari?


Kelas pengajian ini melibatkan pembelajaran asas-asas Fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian dan pada masa yang sama menekankan pada perkara-perkara asas yang menjadi kewajipan kepada seorang Muslim dan Muslimah iaitu ilmu fardhu 'ain termasuk asas aqidah Islamiah dan tasauf.


Sesi pengajian akan berlangsung secara santai dan tidak terlalu formal. Para pelajar diberi ruang untuk bersoal jawab sepanjang tempoh belajar, di samping dikaitkan juga dengan isu-isu semasa. Konsep kami, 'belajar sehingga faham'.


Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini menggunakan buku rujukan INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - (Almarhum Dato' Ismail Kamus | Mohd. Azrul Azlen) sepanjang tempoh pengajian beserta 17 MODUL. Pihak kami hanya menyediakan Modul 1 - 17 dalam bentuk PDF.


Tajuk-tajuk yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian, antaranya adalah seperti berikut:


  • Pengantar Syariah
  • Asas Aqidah Islamiah
  • Syariat Berkaitan Remaja
  • Asas Ilmu Fardhu 'Ain (Bersuci, Tayammum, Wudhu', Solat, Jamak & Qasar, Puasa)
  • Kewajipan Zakat
  • Bab Munakahat (Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam)
  • Syariat Kelahiran
  • Asas Pelaksanaan Ibadah Haji Dan Umrah
  • Syariat Dalam Bermasyarakat
  • Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)
  • Pengurusan Jenazah
  • Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam

Yuran Pengajian

Yuran pengajian berdasarkan kepada pakej yang ditawarkan iaitu PAKEJ EKONOMIPAKEJ A dan PAKEJ B



PAKEJ B: Belajar secara personal 1-to-1 bermula dari MODUL 1 sehingga tamat MODUL 17


Kelas Pengajian Online Ini Sesuai Untuk Siapa?


  • Orang dewasa yang sibuk bekerja, masa yang amat terbatas.
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Orang bujang yang sedang membuat persiapan untuk berumahtangga
  • Suami dan isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan
  • Para suami yang sedang berusaha mendidik dan membimbing ahli keluarga
  • Para suri rumah yang selalu berada di rumah
  • Para muallaf yang ingin menambahkan lagi kefahaman Islam
  • Mereka yang ingin 'refresh' semula ilmu asas Fiqh & Fardhu 'Ain yang mungkin telah dilupai



PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH WHATSAPP: +6 017-9361721 ATAU:





Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun
Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini telah bermula secara rasmi sejak Tahun 2011

Kelas Pengajian Online

by on 08 January
  Kelas Pengajian Ini Dikhususkan Untuk Orang Dewasa Dan Pelajar IPT Yang Ingin Mempelajari Asas-Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Bermula Dar...

Telah dikisahkan pada suatu ketika dulu, terdapat sekumpulan pelajar perempuan dari sebuah Institut Pengajian Tinggi telah membuat rombongan melawat ke suatu tempat yang agak jauh di kawasan pedalaman. Tujuan mereka membuat lawatan itu adalah untuk mencari dan mengenal spesies tumbuh-tumbuhan untuk dibuat kajian. 

Setelah sampai di tempat itu, maka bertebaranlah para pelajar ini mencari tumbuh-tumbuhan yang mereka kehendaki. Seharian mereka berada di sana sejak dari awal pagi sehinggalah ke lewat petang. 

Apabila waktu sudah petang, maka berkumpullah para pelajar ini untuk berangkat pulang. Selepas semua pelajar menaiki bas, maka bas pun mula bergerak. Oleh kerana terlampau penat, tiada siapa pun yang memeriksa bilangan pelajar yang menaiki bas itu. Tanpa disedari sebenarnya mereka telah meninggalkan salah seorang pelajar di tempat itu sedangkan mereka sudah jauh dalam perjalanan.

Pelajar perempuan yang tertinggal ini duduklah ia bersendirian dengan penuh kesedihan sambil menangis teresak-esak setelah puas dia berjalan mencari rakan-rakannya. Dia telah terpisah dengan rakan-rakannya ketika sedang asyik dan leka mencari tumbuh-tumbuhan. 

Hari semakin malam dan tempat itu sangat sunyi kerana tiada sebuah rumah pun kelihatan di situ. Pelajar ini terus menguatkan semangat berjalan dan mencari-cari sekiranya terdapat tempat perlindungan. 

Setelah berjalan-jalan dan tercari-cari dalam gelap, akhirnya dia ternampak sebuah rumah kecil berada di penghujung jalan.  
Dalam hatinya terdetik, “Aku sudah tiada pilihan, di sinilah tempat untuk aku menginap pada malam ini.”

Dia memberanikan diri mengetuk pintu rumah itu beberapa kali sambil memberi salam. Selepas beberapa ketika, pintu rumah itu pun dibuka sambil si penghuni rumah menjawab salam. Amat mengejutkan si mahasiswi ini kerana yang tercegat di muka pintu itu adalah seorang lelaki muda. Oleh kerana keadaan terdesak, maka pelajar ini meminta izin untuk menumpang di rumah pemuda itu.

“Maaf saudara, sebenarnya saya telah terpisah dengan rakan-rakan saya dan mereka telah meninggalkan saya sejak petang tadi, sekarang hari sudah lewat malam, bolehkah saya menumpang di rumah saudara hanya untuk 1 malam ini sahaja? InsyaAllah, esok saya akan berusaha untuk pulang.” Kata si pelajar itu tersipu-sipu. 

“Ya silakan, tapi saya minta maaf kerana rumah saya kecil dan sempit, cik boleh tidur di tempat saya dan saya boleh tidur di tempat yang lain.” Jawab si pemuda itu dengan jujur.

Pelajar perempuan itu pun masuk ke dalam rumah dan melihat-lihat di dalamnya. Ternyata rumah itu sangat dhaif, tiada sebarang lampu atau hiasan rumah melainkan hanya sebuah pelita buruk yang menerangi kegelapan malam.

Sepanjang malam itu, masing-masing diam seribu bahasa tanpa berbicara sepatah pun. Si pelajar perempuan itu tidak tidur kerana berasa takut dan khuatir sekiranya diapa-apakan oleh pemuda yang tidak dikenalinya itu. Dalam keadaan berselimut dia hanya asyik memandang gelagat si pemuda itu yang juga tidak tidur, malah sedang duduk sambil memandang pelita.

Selepas beberapa lama, tiba-tiba pemuda itu membakar salah satu jarinya. Maka, bertambah takutlah si pelajar perempuan tadi dan bertanya dalam hatinya, “Ahh, adakah pemuda ini seorang yang gila?”

Kemudian pemuda itu terus membakar jarinya yang kedua sehinggalah masuk waktu Subuh dan akhirnya kesemua jari jemarinya telah terbakar. 

Apabila cuaca pagi mula cerah, datanglah rombongan rakan-rakan si pelajar perempuan bersama bapanya ke rumah pemuda itu dan mereka dapati mahasiswi itu berada di situ.

Setelah bapa perempuan itu melihat ada seorang pemuda bersamanya, tanpa berfikir panjang, dengan nada yang kasar dan marah terus bertanya kepada si pemuda itu, 
“Adakah engkau telah melakukan sesuatu yang buruk terhadap anak aku?”

Belum pun si pemuda itu sempat menjawab, mahasiswi itu terlebih dulu mencelah, 
“Tidak ayah, dia tidak melakukan apa-apa terhadap aku.”

“Kalau tidak ada apa-apa, mengapa tangan engkau berbalut?” Tanya si bapa dengan kasarnya.

Maka jawablah si pemuda itu dengan jujurnya, 
“Maaf pakcik, sesungguhnya aku ini seorang lelaki, tidak dinafikan aku ini mempunyai nafsu dan syahwat, memang aku ada terlintas di hatiku untuk melakukan sesuatu yang buruk terhadap anak pakcik, setiap kali hatiku terdetik untuk melakukan perkara yang buruk itu, maka aku bakar jari-jemariku ini agar terpadam nafsu dan hasrat keji aku itu sehinggalah masuk waktu Subuh, jadi semua jariku ini telah terbakar, sebab itulah aku membalutnya.”

Tersentak si bapa mendengar penjelasan pemuda itu. Dia meminta maaf kerana bersikap kasar tanpa siasat terlebih dahulu. Oleh kerana terpikat dengan kesolehan pemuda itu, si bapa memutuskan untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan pemuda itu. 

Subhanallah! Demikianlah kisah pemuda yang soleh.



Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 


Kisah ini diceritakan semula secara bebas oleh HISHAM MOHAMAD. Terima kasih kepada penulis asal kisah ini yang tidak diketahui.

Membakar Jari Jemari

by on 05 June
Telah dikisahkan pada suatu ketika dulu, terdapat sekumpulan pelajar perempuan dari sebuah Institut Pengajian Tinggi telah membuat rombo...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. 

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. 
         
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. 

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. 

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dengan memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. 

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. 

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."


Kita boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tidak kisah berapa kali kita memohon maaf dan menyesal atas perbuatan yang kita lakukan, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. 

Orang yang tersayang adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dan memberi galakkan ke arah kejayaan. Mereka juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

Setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan, jadi alangkah baiknya jika kita saling bermaaf-maafan.



# Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

Paku di Dinding

by on 04 January
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.  Pad...