Introduction



Masyarakat Islam kini hanya Islam pada nama tetapi tidak pada perbuatan serta perkataan. Ketandusan pembinaan akhlak serta kepincangan institusi sesebuah keluarga adalah punca utama kelalaian terhadap agama Islam. Justeru, ELMUFEED tampil untuk memberi khidmat untuk sama-sama membina masyarakat yang bermoral, berilmu dan juga beramal.

ELMUFEED menggunakan konsep CALIPH. Ianya berpandukan kepada konsepsi Ajarlah anak-anak kamu mengikut zaman mereka. Ia adalah sebuah konsep yang menekankan dan fokus kepada keperluan sesebuah organisasi, kumpulan atau sekolah. Konsep ini juga menggunakan pendekatan We R Friends, We R Same atau komunikasi dua hala, di mana guru atau fasilitator akan membimbing peserta, dan peserta bebas mengeluarkan pendapat, pertanyaan serta masalah. Selain itu, pendekatan Learn N Play juga akan diketengahkan, di mana peserta akan terhibur dan rasa seronok ketika belajar. Di samping belajar, peserta juga akan diterapkan nilai-nilai kepimpinan, akhlak islamiah, pembinaan syakhsiah, jati diri dan sebagainya.

Selain daripada perkhidmatan latihan dan motivasi, ELMUFEED juga mengarang beberapa buah buku Islamiah seperti buku cerita para Anbiya, para sahabat, cerita-cerita tauladan serta buku mengaji Al Quran dan pembelajaran Bahasa Arab. Selain itu, ELMUFEED juga melakar permainan-kad (game card) dan permainan atas meja (board-game) yang Islamik. Kesemuanya adalah untuk memupuk generasi muda untuk cintakan serta mendalami Islam dengan cara yang mudah dan menarik.

ELMUFEED berasal daripada perkataan arab iaitu ((المفيد yang membawa maksud memberi dan menerima faedah. Penggunaan nama ELMUFEED ini bukan sahaja sesuai dengan tujuan dan matlamat penubuhan ELMUFEED malah ia mampu untuk memberi sumbangan yang amat bermanfaat untuk masyarakat dan sentiasa bersedia menerima pelbagai faedah-faedah yang baik dari pelbagai sumber bagi memantapkan lagi perjalanan urusan kerja .

Fokus utama ELMUFEED adalah program pembangunan dan latihan yang Islamik berasaskan kepada Al Quran dan As Sunnah. Ianya bertujuan melahirkan generasi yang ‘khaira ummah’ yang mampu mendepani cabaran, mehnah dan tribulasi dunia globalisasi alaf baru.


Our Vision, Mission & Motto


VISION

To champion advances in Islamic education provider of choice.


MISSION

To create a vibrant, fun and relaxing environment of learning Islam and apply it in everyday lives.


MOTTO

Creative, Innovative, Attractive


Nadwah Kepimpinan & Pembentukan Syakhsiah



TAQDIM

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinannya”.... Berdasarkan kepada konsepsi hadith ini, Elmufeed mengambil inisiatif untuk tampil mengendalikan program yang diberi nama “Nadwah Kepimpinan Pelajar & Pembentukan Syakhsiah” yang antara tujuannya adalah untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja baik dari segi akhlak dan peribadinya, malah mampu memimpin diri sendiri, keluarga, sanak saudara, sahabat handai, masyarakat, negara dan dunia, InsyaAllah.

Mudah-mudahan segala usaha yang disusuli dengan niat, doa dan tawakkal akan membuahkan hasil seperti yang diharap-harapkan. Amin

OBJEKTIF

  •  Melahirkan generasi yang mempunyai fikrah islamiah yang mampu mendepani segala cabaran, mehnah dan tribulasi dunia globalisasi masakini.
  • Melahirkan generasi yang cakna terhadap permasalahan ummah sejagat.
  •  Mewujudkan generasi berkeperibadian muslim dan berkepimpinan.
  •  Memupuk semangat kerja berpasukan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta.

Sebuah program yang diberi nama NADWAH KEPIMPINAN & PEMBENTUKAN SYAKHSIAH yang dikendalikan sepenuhnya oleh ELMUFEED telah berjaya dilaksanakan pada 4 November 2009 bersamaan 16 Zulkaedah 1430H bertempat di Madrasah Al Ma'arif Al Islamiah, Geylang, Singapura anjuran Jabatan Disiplin Madrasah Al Ma'arif Al Islamiah. Program yang difokuskan kepada para Muraqibah dan Mufawadhah ini antara lain bertujuan memberi latihan dan pendedahan mengenai aspek kepemimpinan pelajar.


Penyampaian MODUL KEPIMPINAN BERKESAN

oleh Ustaz Mohd. Hisham Mohamad Al Hafidz

Pengarah Urusan ELMUFEED (Malaysia)


Penyampaian MODUL KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

oleh Ustazah Masruroh Musa

Pengarah Urusan ELMUFEED (Singapore)


Ucapan Penutup oleh Cikgu Wartinah Wahid,

Ketua Jabatan Disiplin Madrasah Al Ma'arif


Penyampaian hadiah dan sijil oleh Teacher Sharifah Banu kepada

PESERTA TERBAIK, NUR MARDHIAH BTE ZUHRI


Penyampaian hadiah dan sijil oleh Teacher Sharifah Banu kepada 

PESERTA TERBAIK KE-2, NADIYAH BTE AZIZ


Amanahku Tanggungjawabku


Perbincangan dalam kumpulan untuk menyiapkan kertas kerja program


Pembentangan kumpulan mengenai perancangan program


Sebahagian peserta program sedang khusyuk mengikuti program



Ibadah Qurban Aidiladha 2009


Program IBADAH QURBAN AIDILADHA 2009 merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh ELMUFEED dan InsyaAllah akan menjadi program tahunan pada tahun-tahun yang akan datang. Program ini adalah bertujuan untuk membantu masyarakat samada dari Singapura atau Malaysia untuk melakukan ibadah qurban dan pelaksanaannya adalah dilakukan di Malaysia. Daging qurban akan diagih-agihkan kepada golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim, ma'ahad tahfiz, pondok-pondok pengajian Islam dan masyarakat kampung yang memerlukan.


ezy Quran for kids


Program EZY QURAN FOR KIDS adalah sebuah program yang dikhususkan kepada kanak-kanak yang berumur 5 - 9 tahun. Ianya bertujuan membantu para peserta mengenali huruf-huruf Al Quran dengan lebih mudah berkonsepkan pembelajaran yang santai iaitu learn & play.


Pelancaran Kelas Bimbingan Iqra' & Al Quran



Pada 7 Februari 2009, ELMUFEED telah melancarkan pembukaan secara rasmi KELAS BIMBINGAN IQRA' & AL QURAN untuk kanak-kanak dan dewasa bertempat di Desa Lembah Permai, Ampang, Selangor, Malaysia. Maklumat lanjut boleh layari;  
http://www.pengajian-alquran.blogspot.com


Islamic Story-Telling & Fun Activities


Pada 9 Disember 2009, ELMUFEED telah berjaya melaksanakan sebuah program yang dikhususkan untuk kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun bersempena cuti sekolah hujung tahun iaitu program ISLAMIC STORY- TELLING & FUN ACTIVITIES  yang diadakan di Masjid Al Aman, Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor, Malaysia  anjuran Biro Pendidkan, ICT & Perpustakaan Masjid Al Aman bertujuan untuk mendedahkan kepada generasi muda ini mengenai pahlawan-pahlawan Islam agar mereka menjadikan mereka sebagai ikon role-model dalam kehidupan seharian. Program yang berlangsung selama 1 hari ini berjaya mensasarkan objektif yang telah digariskan. Alhamdulillah.


Caliph Combo Concept



Quran Power


خيركم من تعلم القرآن و علمه

"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya"  Hadith Nabi s.a.w.

Kitab suci Al Quran ialah sebuah kitab panduan untuk umat Islam sedunia. Rugilah bagi sesiapa yang tidak mencintai kitab suci ini kerana di dalamnya terkandung pelbagai kisah-kisah tauladan, hukum-hakam, panduan, peringatan serta pelbagai informasi seperti tentang kejadian alam, keadaan manusia akan datang dan sebagainya. Umumnya, Al-Quran ialah sebuah kitab yang mendorong manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t.

Selain mengetahui isi kandung Al-Quran, sebagai seorang muslim atau muslimah perlu mengetahui membaca ayat-ayat Allah s.w.t kerana setiap huruf yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.

Di atas inspirasi itu, ELMUFEED berusaha menanamkan minat generasi sekarang untuk mencintai kitab suci ini dengan mengadakan cara pembelajaran yang menarik. Mereka akan diajar membaca sekaligus mengetahui cerita-cerita di dalamnya, agar kitab ini dapat membantu mereka di akhirat kelak. Amin.

 

OBJEKTIF

1.    Mengenali serta menyebut makhraj huruf dengan sempurna

2.    mempelajari huku-hukum tajwid.

3.    Menghayati kisah-kisah di dalam Al Quran.

4.    Mengetahui kelebihan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w.

5.    Mempraktikkan ajaran-ajaran Al Quran di dalam kehidupan seharian.



Smart Solat


صلوأ كما رأيتموني أصلي

Solatlah seperti mana aku (Rasulullah s.a.w) solat.

Hadith Nabi s.a.w.

Solat merupakan tiang agama, sesiapa yang merobohkannya maka dia telah merobohkan agamanya (Islam) dan barangsiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakkan agamanya (Islam). Solat merupakan perbuatan yang amat penting yang wajib dilakukan oleh seorang yang beragama Islam.

 


 

            Di atas kepentingannya, ELMUFEED tampil untuk menerangkan dan mengajar dengan cara yang menarik mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti rukun solat, perkara yang membatalkan solat, solat-solat sunat, menghayati cara bacaan dan perbuatan yang betul, mengetahui sejarah solat,  dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, mereka juga akan mempelajari cara-cara solat dalam keadaan darurat seperti ketiadaan air dan bertayammum, tangan berbalut atau cedera dan sebagainya. Dengan ini mereka akan mengetahui dan menghayati cara solat yang sebenar seperti solat Rasulullah s.a.w, insyaAllah.

 

OBJEKTIF

1.    Mempelajari dan mengetahui mengenai kedudukan solat yang sempurna.

2.    Mengetahui gerakkan solat dan wudhu yang tertib.

3.    Menghafal bacaan dalam solat dengan betul dan tepat.

4.    Menghayati dan memahami setiap makna bacaan dalam solat.

5.    Mengetahui waktu solat-solat sunat dengan betul

6.    Menyingkap sejarah solat.

7.    Mengetahui cara-cara solat dalam keadaan yang darurat.



Fun-Tastic Fiqh


Fiqh ialah satu ilmu yang penting di dalam agama Islam bagi melengkapkan diri sebagai seorang muslim dalam beribadah kepada yang Maha Pencipta. Ilmu ini sangat luas skop perbincangannya kerana ia banyak menyentuh tentang rukun-rukun, syarat-syarat, hukum-hakam dan sebagainya. Ianya penting bagi menjalani hidup sebagai seorang muslim-professional, yang tidak mengenepikan agama di dalam pekerjaan sehariannya.            

Di sini ELMUFEED akan menekankan aspek-aspek yang penting bagi menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Di antara maudhu-maudhu utama yang akan dibincangkan ialah mengenai ibadah, atau Fiqh Ibadah yang merangkumi beberapa bab-bab penting seperti, thoharoh, solat, pengurusan jenazah, zakat, haji dan sebagainya. Fiqh Muamalat ialah topik di mana Islam amat menggalakkan seseorang untuk berniaga dengan berpandukan Islam. Terdapat pelbagai cara yang baik agar perniagaan itu diredhai Allah s.w.t. Fiqh Munakahat pula menyentuh tentang pentingnya berkeluarga, kerana ianya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga menyentuh soal hak suami dan isteri serta soal talaq, khuluq, iddah dan sebagainya. Fiqh Jinayat ialah ilmu yang mengenengahkan soal jenayah serta penghukuman atau dendaan mengikut Islam. Yang terakhir dan yang terpenting ialah Fiqh Wanita, di mana permasalahan wanita akan dibincangkan, ianya termasuk jenis-jenis darah, air, aurat, perhiasan serta perbezaan lelaki dan wanita di dalam beribadah dan sebagainya.

Kelima-lima jenis fiqh ini penting bagi melahirkan generasi yang berilmu serta beramal. InsyaAllah.


OBJEKTIF

  1. Mendedahkan kaedah-kaedah ibadah yang sebenar.
  2. Memahami undang-undang perkahwinan, perniagaan dan jenayah di dalam Islam.
  3. Mendefinisi terma-terma di dalam ilmu Fiqh.
  4. Memperkukuhkan keyakinan tentang hukum-hakam Islam.
  5. Mempraktikkan ilmu Fiqh dalam kehidupan seharian.

Aqidah Booster


Aqidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Rabb serta beriman dengan nama-namaNya dan juga sifat-sifatNya. Kita juga wajib beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan qada qadar Allah s.w.t. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan suruhanNya.

         Iman seorang muslim amat penting, tanpa iman manusia akan terpesong jauh tanpa pedoman. Dengan kepentingan ini,  ELMUFEED akan menekankan beberapa topik yang penting yang perlu diketahui dan dihayati oleh seseorang Muslim. Di antara skop perbincangan yang ELMUFEED anjurkan ialah perkara yang berkaitan dengan Maha Pencipta seperti namaNya, sifatNya, kekuasaanNya dan lain-lain lagi. Manakala beriman kepada Anbiya dan Malaikat, mereka akan didedahkan dengan nama-nama para Rasul dan Malaikat, tugas-tugas serta mukijizat-mukjizat mereka. Kepercayaan pada Hari Kiamat juga  akan disentuh dari aspek tanda-tanda kiamat, tentang alam barzakh, padang mahsyar dan semua yang berkaitan dengan Hari Akhir. Selain itu, ELMUFEED juga akan mengajar para pelajar konsepi                             "حبل من الله و حبل من الناس.  Konsep ini akan diterapkan mengenai cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah, pertalian atau ikatan kita kepada Ar Rahman dan hubungan kita sesama manusia.

          Kesemua topik-topik yang akan diketengahkan adalah amat penting demi melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat nanti. InsyaAllah.


OBJEKTIF 

1.    Menghayati kebesaran dan keagungan Allah sekaligus menginsafi kelemahan dan kehinaan diri.

2.    Menjelaskan visi, misi dan matlamat hidup sebenar di dunia.

3.    Mendalami serta menyakini keenam-enam rukun iman.

4.    Menanamkan rasa cinta terhadap Allah, Rasul & Malaikat dengan mengingati nama-nama serta sifat-sifat mereka.

5.    Mengaplikasikan konsepsi "حبل من الله و حبل من الناس"  dalam kehidupan seharian.



Sirah Spirit

           


Sirah ialah perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w atau cerita perkembangan Islam dan orang-orang terdahulu. Mengetahui sirah akan membuat seseorang akan lebih menghayati agama yang dianuti kerana pelbagai kisah-kisah tauladan yang boleh diambil sebagai pengajaran dan pedoman hidup. Dengan tidak secara langsung seseorang yang mengetahui sejarah Islam juga akan mencintai para Nabi yang banyak berkorban kerana agama dan juga mencintai para pejuang Islam yang lain.

            Terdapat beberapa zaman yang akan diketengahkan daripada zaman jahiliyah, tahun kelahiran Nabi s.a.w hingga zaman para Khalifah dan kegemilangan Islam. Kisah-kisah para Anbiya dan tauladan juga akan didedahkan bagi dijadikan sebagai pengajaran. Kaedah pengajaran Kamishibai yang berasal daripada Jepun juga disediakan khusus untuk kanak-kanak kerana Kaedah Kamishibai & Fun Aktivities yang diubah suai oleh ELMUFEED ini sangat menarik dan kanak-kanak akan mengingati cerita tersebut.

            Secara kesimpulannya, peserta yang mendalami ilmu sirah ini akan lebih mengenali dan menyukai kisah-kisah terdahulu yang boleh menjadi pedoman hidup. InsyaAllah.

 

OBJEKTIF

1.  Mengimbau kembali zaman kegemilangan Islam secara meluas.

2.  Menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

3.  Mengetahui kisah-kisah tauladan seperti kisah anbiya, sahabat dan sebagainya.

4.  Menyingkap pengorbanan khulafa-khulafa selepas kewafatan Nabi s.a.w.

5.  Meneladani sifat-sifat serta pengorbanan pahlawan-pahlawan Islam terdahulu.



Fabulous Hadith



تركت فيكم أمرين، لن تضلواإن تمسكتم بهماأبداكتاب الله وسنةرسول الله

 

"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah RasulNya"

Hadith Nabi s.a.w.


Hadith ialah kata-kata atau perbuatan Rasulullah s.a.w. Setiap kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w sering diperhatikan dan dicatat oleh para sahabat baginda kerana ianya akan menjadi rujukan buat semua umatnya. Di dalam ilmu hadith ini juga terdapat pelbagai jenis hadith, ini kerana ada yang menerimanya secara berdepan dengan Rasul s.a.w dan ada yang menerimanya dari penyampai yang lain. 

 

           Justeru, ELMUFEED menjelaskan jenis-jenis Hadith dan akan menyingkap sejarah para perawi Hadith. Di samping itu juga isi hadith-hadith terpilih akan diketengahkan buat rujukan dan pendoman hidup. Hadith 40 dan Sahih Bukhari dan Muslim akan diberi penekanan agar para peserta dapat menghafaz beberapa hadith penting dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.


OBJEKTIF

1.    Membajai rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.

2.    Mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

3.    Membezakan jenis-jenis hadith seperti hadith sohih, dhoif, masyhur dan sebagainya.

4.    Mengetahui latarbelakang para Muhaddisthin.

5.    Menghafaz hadith-hadith yang terpilih dan sohih.


Great Islamic Scholars



Anak-anak zaman kini hanya lebih mengenali dan membanggakan tokoh-tokoh Barat. Mereka tidak mengenali tokoh-tokoh ilmuan Islam yang sebenarya perintis pelbagai ilmu dan penciptaan. Dengan insiatif ini, ELMUFEED akan mengenengahkan tokoh tokoh ilmuan Islam dan memperkenalkan ilmu atau ciptaan yang direka oleh mereka. Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah Ibnu Sina, Ibnu Haitham, Ibnu Khaldun, Al Jazari, Al Khawarizmi dan ramai lagi.
 
         Selain daripada para Ilmuan Islam, tokoh-tokoh masyhur dalam perkembangan Islam turut akan dibincangkan seperti imam-imam mazhab yang empat, dan para ulama terdahulu dan sekarang. ELMUFEED akan menekankan mengenai latar belakang, usaha, ilmu dan pengorbanan mereka hingga mereka dikenali di dalam dunia perkembangan Islam.

        Moga pendekatan yang menarik yang disampaikan akan memberi motivasi kepada para peserta untuk mengikuti jejak langkah mereka. InsyaAllah.





Ibn Haytham

 

OBJEKTIF 

1.    Mengenali tokoh-tokoh Ilmuan Islam di zaman lampau.

2.    Mengetahui kehebatan serta kepakaran ilmuan-ilmuan Islam.

3.    Menjadikan para tokoh-tokoh Islam sebagai role model.

4.    Menyedari serta membezakan tokoh-tokon Islam dan Barat.

5.    Mewujudkan rasa cinta terhadap keajaiban agama Islam.

 

Arab Master


Ramai yang mengetahui bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Memperkasakan bahasa ini adalah suatu perkara yang penting bagi melengkapi kehidupan sebagai seorang muslim, tetapi ramai yang menganggap bahasa ini sukar untuk dipelajari.

  

            Belajar secara bermain dan berseronok akan diketengahkan agar para peserta tidak rasa bosan untuk mempelajarinya. Pelbagai aktiviti dan kursus juga ditawarkan bagi memantapkan lagi bahasa syurga ini. Pelbagai sudut akan di sentuh, dari segi nahu (grammar), perkataan-perkataan baru (vocabulary), karangan, pemahaman, komunikasi dan sebagainya. Dengan ini ianya dapat membangkitkan semangat cintakan bahasa Arab yang kian luput dek zaman di kalangan kehidupan masyarakat moden.

 

OBJEKTIF 

1.      Mempelajari penggunaan bahasa Al-Quran dengan betul

2.      Menghafaz perkataan-perkataan dengan baik

3.      Bertutur dalam bahasa Arab dengan teratur dan penggunaan yang betul.

4.      Menganalisa keratan-keratan akhbar, majalah dan media.

5.      Memupuk semangat cintakan bahasa syurga di kalangan peserta.


Current Issue Attack




Masyarakat sekarang perlu peka tentang isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. Dengan mengetahui isu-isu semasa ini, kita telah melangkah sutu tapak kehadapan menuju kemajuan hidup.  Isu semasa bukanlah satu aspek yang remeh kerana pelbagai masalah yang dihadapi dunia masa kini seperti masalah ekonomi, agama, syakhsiah, bencana alam dan sebagainya. 

Di sini  ELMUFEED akan mengupas topik-topik yang melanda masyarakat terutama masyarakat Islam. Di antara aspek yang akan diketengahkan ialah masalah keruntuhan akhlak, keraguan dalam hukum hakam terutama dalam kehidupan masa kini, masalah bencana alam dan ekonomi serta apa hubungannya dengan kita dan sebagainya. Perkara sedemikian penting kerana kita hidup dalam zaman globalisasi dunia tanpa sempadan yang penuh dengan mehnah dan cabaran. Ianya adalah bekalan kita demi mempertahankan maruah diri dan agama. Dengan ini peserta akan lebih berpegang teguh pada agama Islam. InsyaAllah.

 

OBJEKTIF

  1. Menyedari hukum-hukum semasa.
  2. Menganalisa masalah-masalah semasa di kalangan masyarakat.
  3. Mempelajari aliran-aliran dalam menganuti agama Islam seperti Ahluss Sunnah wal Jamaah, Syiah, Mutazilah dan sebagainya.
  4. Memperkukuhkan keyakinan diri daripada gejala negatif.
  5. Membudayakan agama Islam dalam kehidupan seharian.

Girls Fighter




Dewasa kini, anak-anak banyak terdedah dan terpengaruh dengan pelbagai anasir-anasir luar yang negatif. Terdapat sebilangan besar kes-kes yang melibatkan kaum wanita terutama remaja perempuan. Dalam usia meningkat dewasa, remaja akan terpengaruh dengan gejala sosial dan menghadapi pelbagai cabaran. Dengan itu, isu-isu sebegini perlu diambil berat agar golongan ini tidak tersasar jauh.

            Di atas kesedaran ini,  ELMUFEED menawarkan program ini khas untuk pelajar perempuan yang meningkat remaja serta remaja yang meningkat dewasa. ELMUFEED akan menyentuh pelbagai aspek wanita seperti isu-isu terkini, masalah-masalah wanita, baligh (puberty), aurat, hubungan di antara lelaki dan perempuan (BGR), seks dan sebagainya. ELMUFEED juga akan mengenengahkan tokoh-tokoh  muslimah yang boleh diambil sebagai role model. Dengan ini peserta akan mengetahui cara terbaik untuk mempertahankan diri, maruah dan agama dan menjadi muslimah solehah. InsyaAllah.

 

OBJEKTIF

1.    Mendalami masalah-masalah wanita yang dihadapi pada masa kini.

2.    mempelajari batasan hubungan di antara lelaki dan perempuan dalam konteks Islam.

3.    Mengetahui kekuatan wanita serta meneladani tokoh wanita Islam.

4.    Membezakan hukum-hukum sebelum dan selepas baligh.

5.    Melahirkan wanita yang peka pada agama serta menjaga maruah diri.


Beautiful Islamic Art



K

hat berasal dari perkataan Arab bererti garisan. Maka seni Khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud kitabah, iaitu tulisan-tulisan yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan ini terbentuk sejak zaman Rasulullah s.a.w sendiri dan diperkembangkan oleh masyarakat Arab setempat. Dengan itu tulisan-tulisan Arab mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana ianya mengandungi nilai abstrak yang dikaitkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.

            Oleh kerana seni ini sangat menarik, maka ELMUFEED akan mengenengahkan seni ini agar anak-anak muda kini minat dengan penulisan khat yang membawa faedah dan pahala. Di antara bentuk dan jenis khat Arab yang akan diajar ialah, Khat Kufi, Thuluth, Nasakh, Ijazah, Farisi, Diwani, Riq’ah dan sebagainya. Di sini ELMUFEED bukan sekadar ajar menggunakan pena dan kertas, malah  ELMUFEED akan dedahkan dengan pelbagai penggunaan penulisan seperti buluh dan juga pelbagai jenis bahan untuk ditulis seperti ceramic, kain dan sebagainya. Khas buat kanak-kanak, ELMUFEED akan menggunakan kaedah ‘Fun To Write & Paint’ agar kanak-kanak ini rasa seronok untuk melakukan Khat ini.

 

OBJEKTIF

1.   Mempelajari serta mengaplikasikan  jenis-jenis Khat dengan baik

2.   Melakarkan tulisan Khat di atas pelbagai alat dengan kreatif.

3.   Mencantikkan perhiasan dengan menggunakan tulisan Khat.

4.   Mengetahui asal usul Khat Arab.

5.   Menjiwai setiap kata-kata atau ayat yang ditulis.