Alkisah, tersebutlah kisah seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Apabila tiba waktu solat, ulama itu tanpa membuang masa terus pergi ke tandas untuk mengambil air sembahyang.

Oleh kerana ruang tandas yang agak terhad, maka beliau pun terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu kakinya ke dalam sinki, tetiba seorang pramugari telah ternampak akan perbuatan ulama itu dan menegurnya;

Pramugari: (Dengan nada suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki tuan kedalam sinki tu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat untuk basuh muka, bukan untuk basuh kaki!!!

Ulama: (Dengan nada suara yang lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari???

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! 2 atau 3 kali sehari! Kenapa???

Ulama: (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki 5 kali dalam sehari. Bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Dengan perasaan malu yang tidak terhingga, muka merah padam dan rasa berbuku di dada, pramugari itu terus beredar meninggalkan ulama yang belum selesai menghabiskan air wuduknya dek melayan kerenah pramugari yang sombong itu.







Sumber: http://mohdnadri.com/2010/03/sembang-malam-jumaat-kisah-ulama-pramugari/

Kisah Ulama' & Pramugari

by on 08 October
Alkisah, tersebutlah kisah seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Ap...
Gambar sekadar hiasan

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Itulah merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. 

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Allah tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku bermohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. 

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termanggu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! 

Sementara itu, hari pun semakin meninggi, sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, dia segera meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. 

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Allah





#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini. 

Kisah Si Penjual Tempe

by on 08 October
Gambar sekadar hiasan Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya...
Ada seorang hamba Allah, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat. 

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek saja. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Sedang dia berfikir bagaimana nak selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Sedang dia berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang hamba Allah tu bergayut. Sampai di atas tikus tu gigit tali tu pula. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... macam mana ni. Selepas tu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam, naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai ke atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana ni...

Sedang hamba Allah tu berfikir bagaimana nak selamatkan dirinya, tiba-tiba.... terdengar satu bunyi.... beeeeeeeeeeeeee... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah tu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita yang datang secara silih berganti.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...



#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

Realiti Kehidupan

by on 08 October
Ada seorang hamba Allah, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar s...
Diriwayatkan dari Imam Ja’afar Bin As Sadiq, bahawa sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s. Kekasih Allah pernah memanjatkan doa di tempat ia mengembala haiwan ternaknya di bukit Baitul Maqdis, pada waktu itu ia bertemu dengan seorang lelaki ahli ibadah. Maka terjadilah dialog antara keduanya.

Nabi Ibrahim bertanya: “Apakah hari yang paling mulia?”

Ahli Ibadah itu menjawab: “Hari pembalasan, pada waktu manusia dibalas antara yang satu dengan yang lainnya.”

Nabi Ibrahim berkata: “Apakah engkau dapat mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga akan mengangkat tanganku untuk mengaminkannya supaya kita dihindarkan dari kesengsaraan di akhirat itu.”

Ahli Ibadah itu berkata: “Janganlah engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak tiga puluh tahun yang lalu, tetapi doaku itu tidak dikabulkan.”

Nabi Ibrahim bertanya: “Apakah engkau mahu aku beritahu tentang sesuatu yang menahan doamu?”

Ahli Ibadah itu menjawab: “Ya”

Nabi Ibrahim berkata:

“Sesungguhnya Allah MENCINTAI seorang hamba, maka Dia akan menahan doanya, supaya dia selalu bermunajat, memohon dan meminta kepadaNya. Jika Dia MARAH kepada seorang hamba, maka Dia akan cepat memakbulkan doanya atau memberikan keputusan di dalam hatinya.”




Sumber: MA'ARIFAT, Muhammad Nawawi

Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.




#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

3 Soalan

by on 12 September
Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab...
Suatu hari, aku dan lima orang kawanku telah berehat di sebuah restoran. Kami duduk sambil berbual-bual. Selang beberapa minit, seorang pelayan restoran telah datang mengambil pesanan makanan dan minuman kami.

Pada petang itu, kami berbual tentang kerjaya-kerjaya masakini termasuklah isu pengangguran yang semakin menjadi-jadi. Akan tetapi, isu pengangguran bukanlah menjadi topik utama kami, kami teruskan berbual tentang kerjaya.

Banyak kerjaya yang kami bincangkan, antaranya kerjaya sebagai polis, bomba, kaunselor, doktor, guru dan sebagainya. Kerjaya-kerjaya dalam bidang profesional ini sememangnya amat penting kerana ia banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.

Tiba-tiba seorang kawanku yang dari tadi diam mula bersuara. Dia kata, semua kerjaya walaupun namanya profesional, ia tetap mempunyai kelemahan.

• Polis yang kerjanya menangkap pencuri, tanpa disedari rumahnya sendiri dimasuki pencuri.
• Bomba yang kerjanya memadamkan kebakaran, tanpa disedari rumahnya sendiri terbakar.
• Doktor yang kerjanya merawat pesakit, sedangkan dirinya sendiri ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya.
• Kaunselor yang kerjanya membantu menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan dirinya sendiri mempunyai masalah yang tidak selesai-selesai.
• Guru yang kerjanya mengajar, tiba-tiba anaknya sendiri merupakan pelajar yang paling lemah dalam kelas.
• Peguam yang kerjanya membela orang di mahkamah, sedangkan dirinya sendiri ada kes mahkamah.
• Pegawai JPJ yang kerjanya menyaman pengguna jalan raya, sedangkan dirinya sendiri kena saman.
• Pegawai bank yang menguruskan hutang piutang pelanggan, sedangkan dirinya sendiri mempunyai hutang bank berpuluh-puluh ribu.

Salah seorang kawanku yang lain pula mencelah, dia kata, perompak yang kerjanya merompak, suatu hari dirinya sendiri kena rompak oleh perompak yang lain. Aku menambah, perompak bukan kerjaya profesional.

Inilah kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Tidak ada sesiapa yang dilahirkan sempurna, semuanya mempunyai kelemahan dan kecacatan. Nabi Nuh a.s yang mengajak umatnya menyembah Allah, sedangkan pada masa yang sama anak dan isterinya sendiri tidak menurutinya.

Kita asyik bercerita tentang orang lain, bila pula kita hendak bercerita tentang diri sendiri. Justeru, marilah kita sama-sama melihat di mana kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita.

Oleh:
Hisham Mohamad

Aku Ada Satu Kisah...

by on 12 September
Suatu hari, aku dan lima orang kawanku telah berehat di sebuah restoran. Kami duduk sambil berbual-bual. Selang beberapa minit, seorang pela...
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!!!


#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

Suami dan 4 Orang Isterinya

by on 12 September
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesena...

Sebuah kisah untuk renungan suami dan isteri. Semoga kisah yang dipaparkan ini dapat memberi manfaat bagi mengukuhkan lagi hubungan suami dan isteri.




#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.
Makluman kepada semua yang melayari laman blog ini, isteri kepada Ustaz Hisham Mohamad iaitu ALLAHYARHAMAH USTAZAH MASRUROH BINTE MUSA yang juga merupakan Pengarah Urusan Elmufeed (Singapore) telah kembali ke rahmatullah pada 23.4.2010 hari Jumaat di sisi suaminya di rumah Singapura.
-Keratan akhbar Berita Harian Singapura pada 27.4.2010

AL FATIHAH

by on 28 April
Makluman kepada semua yang melayari laman blog ini, isteri kepada Ustaz Hisham Mohamad iaitu ALLAHYARHAMAH USTAZAH MASRUROH BINTE MUSA yan...