Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.




#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

3 Soalan

by on 12 September
Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab...
Suatu hari, aku dan lima orang kawanku telah berehat di sebuah restoran. Kami duduk sambil berbual-bual. Selang beberapa minit, seorang pelayan restoran telah datang mengambil pesanan makanan dan minuman kami.

Pada petang itu, kami berbual tentang kerjaya-kerjaya masakini termasuklah isu pengangguran yang semakin menjadi-jadi. Akan tetapi, isu pengangguran bukanlah menjadi topik utama kami, kami teruskan berbual tentang kerjaya.

Banyak kerjaya yang kami bincangkan, antaranya kerjaya sebagai polis, bomba, kaunselor, doktor, guru dan sebagainya. Kerjaya-kerjaya dalam bidang profesional ini sememangnya amat penting kerana ia banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.

Tiba-tiba seorang kawanku yang dari tadi diam mula bersuara. Dia kata, semua kerjaya walaupun namanya profesional, ia tetap mempunyai kelemahan.

• Polis yang kerjanya menangkap pencuri, tanpa disedari rumahnya sendiri dimasuki pencuri.
• Bomba yang kerjanya memadamkan kebakaran, tanpa disedari rumahnya sendiri terbakar.
• Doktor yang kerjanya merawat pesakit, sedangkan dirinya sendiri ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya.
• Kaunselor yang kerjanya membantu menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan dirinya sendiri mempunyai masalah yang tidak selesai-selesai.
• Guru yang kerjanya mengajar, tiba-tiba anaknya sendiri merupakan pelajar yang paling lemah dalam kelas.
• Peguam yang kerjanya membela orang di mahkamah, sedangkan dirinya sendiri ada kes mahkamah.
• Pegawai JPJ yang kerjanya menyaman pengguna jalan raya, sedangkan dirinya sendiri kena saman.
• Pegawai bank yang menguruskan hutang piutang pelanggan, sedangkan dirinya sendiri mempunyai hutang bank berpuluh-puluh ribu.

Salah seorang kawanku yang lain pula mencelah, dia kata, perompak yang kerjanya merompak, suatu hari dirinya sendiri kena rompak oleh perompak yang lain. Aku menambah, perompak bukan kerjaya profesional.

Inilah kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Tidak ada sesiapa yang dilahirkan sempurna, semuanya mempunyai kelemahan dan kecacatan. Nabi Nuh a.s yang mengajak umatnya menyembah Allah, sedangkan pada masa yang sama anak dan isterinya sendiri tidak menurutinya.

Kita asyik bercerita tentang orang lain, bila pula kita hendak bercerita tentang diri sendiri. Justeru, marilah kita sama-sama melihat di mana kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita.

Oleh:
Hisham Mohamad

Aku Ada Satu Kisah...

by on 12 September
Suatu hari, aku dan lima orang kawanku telah berehat di sebuah restoran. Kami duduk sambil berbual-bual. Selang beberapa minit, seorang pela...
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!!!


#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

Suami dan 4 Orang Isterinya

by on 12 September
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesena...

Sebuah kisah untuk renungan suami dan isteri. Semoga kisah yang dipaparkan ini dapat memberi manfaat bagi mengukuhkan lagi hubungan suami dan isteri.




#Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.