Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk 'Jalan-Jalan Syurga' dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada suatu Jumaat yang indah, ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan pakaiannya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?"

Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah". Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah 'Jalan-Jalan Syurga' ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu". dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini". Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap dan menuruni anak tangga. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Hati saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu".

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu iaitu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHU AKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.




Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 


# Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.
Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?" 

"Haa?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.
"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?" 
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali. 


Moral : 
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah melaksanakannya, kita ternyata mampu walaupun kita menganggap ianya mustahil untuk kita lakukan. Apa-apa pun berusahalah dulu sebelum mengalah.







*Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

Kisah Sebuah Jam

by on 01 December
Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling ti...

Kita sering terjumpa iklan-iklan yang menawarkan pelbagai program perniagaan dan memperolehi keuntungan yang lumayan dengan hanya melakukan beberapa perkara mudah dan di akhir iklan ada tertulis “Orang Malas Pun Boleh Buat Duit”. Jika kita berfikir secara logik akal, mana mungkin seseorang yang malas mampu membuat duit ribuan ringgit tanpa melakukan sebarang kerja.

Kebiasaannya iklan seperti ini adalah satu bentuk penipuan yang hanya ingin mengaburi minda seseorang. Ini kerana sikap malas sememangnya ada dalam diri setiap manusia secara semulajadi, cuma bagaimana seseorang itu menangani sikap ini agar tidak melarat. Orang yang terpengaruh dengan iklan-iklan seperti ini adalah orang yang mempunyai minda yang lemah kerana ia akan terfikir “oh, orang malas macam aku ni pun boleh buat duit dengan program seperti ini”. Maka dia pun memasukkan sejumlah wang sebagai yuran penyertaan dan menerima program yang dijanjikan. Oleh kerana dari awal lagi mindanya telah disematkan sebagai seorang yang malas, adakah dia akan melakukan sesuatu kerja selepas mendaftar? Sudah tentu tidak, maka duit habis begitu sahaja dan hanya menguntungkan si pembuat iklan yang auta semata-mata.

Sebenarnya tiada istilah untuk berjaya tanpa sebarang usaha mahupun kerja. Cuma bagaimana seseorang itu berusaha atau bekerja adalah bergantung pada setiap individu itu sendiri. Justeru, jangan buang masa melayan iklan-iklan seperti ini, anda seharusnya mengenali idea-idea perniagaan atau pelaburan yang benar-benar bermanfaat dan sesuai dengan anda sahaja.


Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD





Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 


Dalam kehidupan bersosial atau bermasyarakat, kita tidak akan lari dari terjumpa atau berjumpa dengan individu atau mempunyai kawan yang suka membesar-besarkan diri sendiri, pendek kata suka berlagak atau sombong. Ciri-ciri yang biasa kita nampak ialah mereka ini suka bercakap besar atau berdegar-degar, suka memperlekehkan orang lain, mengkritik dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memuji diri sendiri, bersikap defensive, suka berbohong, tidak suka menerima pandangan orang lain, selalu menceritakan sesuatu yang diidam-idamkannya walaupun perkara itu mustahil untuk dicapai, suka mengawal orang lain dan cepat marah.

Apabila kita berdepan dengan individu sebegini, kebiasaannya hati kita akan terdetik mengatakan “asyik-asyik nak dengar cakap dia je!”,”dia ingat dia seorang je ke yang betul?”, “sikit-sikit nak marah orang!”. Memang tidak dapat dinafikan, sikap dan tingkahlaku seseorang yang berlagak dan suka marah-marah ini akan memberi impak psikologi terhadap emosi dan pemikiran kita samada secara langsung ataupun tidak.

Orang yang berlagak itu pada hakikatnya mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang lemah. Oleh kerana, antara ciri-ciri orang yang berlagak itu adalah suka memarahi orang lain terutama di depan khalayak ramai, maka telah disebut dalam satu hadith yang bermaksud; Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling kuat bukanlah orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain, tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika ia sedang marah.” Hadith Riwayat Muslim – 4723

Berdasarkan konsepsi hadith ini, jelas menunjukkan bahawa seseorang yang tidak mampu mengawal marahnya adalah merupakan orang yang tidak kuat atau lemah.

Dalam ilmu psikologi, orang yang berlagak itu sering menggunakan salah satu teknik self-presentation iaitu intimidation samada secara sedar mahupun tidak. Intimidation atau intimidasi digunakan untuk membangkitkan rasa takut pada orang lain dengan membentuk imej sebagai individu yang digeruni supaya orang lain mengikutinya. Tambahan itu, intimidasi juga boleh digunakan secara positif atau pun negatif berdasarkan kepada situasi dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu menggunakan teknik ini ke arah yang negatif maka akan jadilah ia seorang yang berlagak sombong, suka marah-marah, bengis, merasakan diri bagus dan yang akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke arah kehancuran.

Persoalannya, bagaimana caranya untuk kita menghadapi individu seperti ini? Terdapat beberapa cara antaranya ialah bersikap tenang beserta senyuman ketika menghadapinya, cuba sedaya upaya untuk tidak terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mereka dengan cara berfikir secara rasional, siapkan hujah yang bernas dalam fikiran tetapi jangan berdebat, biarkan mereka meluahkan segala-galanya apa yang ingin diperkatakan, elakkan dari terpengaruh dengan gaya komunikasi dan tuturkata mereka dan sama sekali jangan beremosional.

Selain itu, antara kelemahan orang yang berlagak ini ialah mereka sering mengungkapkan sesuatu yang tidak rasional dan memutarbelit sesuatu perkara. Mengapa perkara ini berlaku? Hal ini terjadi kerana minda mereka sudah dipengaruhi oleh nafsu, maka akal sudah tidak lagi berfungsi untuk berfikir secara positif. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh menerima pandangan dan sering menyalahkan orang lain.

Dari aspek perubatan Thibbun Nabawy, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut bahawa penyakit itu terbahagi kepada dua iaitu penyakit fizikal dan hati. Justeru, orang yang berlagak ini boleh dikategorikan sebagai orang yang mengalami penyakit hati yang kronik.  Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 10 yang bermaksud: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” 

Konklusinya, apa yang paling penting adalah bukan kita hanya sekadar melihat akan perilaku orang lain, tapi sentiasa bermuhasabah diri, apakah kita ini termasuk dalam golongan orang yang berlagak dan lemah ini? Bagi mengelakkannya, hendaklah kita belajar berfikir secara rasional dan tidak emosional, senyum selalu, menilai kelemahan diri sendiri atau bersifat tawaddhu', menanamkan sifat kehambaan kepada Allah SWT, janganlah kita menganggap apa yang kita fikir betul kesemuanya, bersedia untuk dikritik, menghormati pendapat dan terimalah nasihat serta pandangan orang lain.


Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD




Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 



Pihak ELMUFEED berbesar hati meneruskan lagi kelas pengajian secara online iaitu KELAS PENGAJIAN ASAS FIQH & FARDHU 'AIN yang berlangsung sejak tahun 2011 hingga kini. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian. 


Kelas pengajian secara online ini amat sesuai kepada mereka yang mempunyai masa yang amat terbatas dan tidak berkesempatan atau berpeluang untuk mengikuti pengajian di tempat-tempat lain. PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN.


Kenapa Mesti Mempelajari Ilmu Asas Fiqh & Fardhu 'Ain?


SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENDAFTAR, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP: +6 017-936 1721 ATAU:




(1) KURIKULUM PENGAJIAN

Kelas pengajian ini melibatkan pembelajaran asas-asas Fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian dan pada masa yang sama menekankan pada perkara-perkara asas yang menjadi kewajipan kepada seorang Muslim dan Muslimah iaitu ilmu fardhu 'ain termasuk asas aqidah Islamiah dan tasauf.


Sesi pengajian akan berlangsung secara santai dan tidak terlalu formal. Para pelajar diberi ruang untuk bersoal jawab sepanjang tempoh belajar, di samping dikaitkan juga dengan isu-isu semasa. Konsep kami, 'belajar sehingga faham'.


Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini menggunakan buku rujukan INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - (Almarhum Dato' Ismail Kamus | Mohd. Azrul Azlen) sepanjang tempoh pengajian beserta 17 MODUL. Pihak kami hanya menyediakan Modul 1 - 17 dalam bentuk PDF.


Buku perlu dibeli sendiri


Tajuk-tajuk yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian, antaranya adalah seperti berikut:


1. Pengantar Syariah

2. Asas Aqidah Islamiah

3. Syariat Berkaitan Remaja

4. Asas Ilmu Fardhu 'Ain (Bersuci, Wudhu', Solat, Jamak & Qasar, Puasa)

5. Kewajipan Zakat

6. Bab Munakahat (Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam)

7. Syariat Kelahiran

8. Asas Pelaksanaan Ibadah Haji Dan Umrah

9. Syariat Dalam Bermasyarakat

10. Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)

11. Pengurusan Jenazah

12. Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam


(2) JADUAL HARI DAN WAKTU PENGAJIAN

Pelajar-pelajar yang mengikuti Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini akan mula mempelajari dari MODUL 1 sehinggalah MODUL 17. Setiap sesi pengajian berlangsung selama 1 JAM, 2 KALI SEMINGGU. Bermakna, SEBULAN 8 KALI KELAS.


Pada masa ini, kelas pengajian yang sedang berlangsung adalah seperti berikut:

ISNIN & SELASA: 
Kumpulan 1: 8:00 - 9:00 Malam
Kumpulan 2: 9:00 - 10:00 Malam

RABU & KHAMIS
Kumpulan 3: 8:00 - 9:00 Malam
Kumpulan 4: 9:00 - 10:00 Malam

SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENDAFTAR, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP: +6 017-936 1721 ATAU:

**Setiap pelajar yang baru mendaftar, akan mengikuti kelas permulaan secara personal teaching, sebelum dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada berdasarkan tajuk dan silibus semasa. Hari dan waktu boleh dibincangkan kemudian mengikut kelapangan masa masing-masing.


(3) YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian adalah ditentukan seperti berikut:

PAKEJ EKONOMI
YURAN BULANAN: RM 60 Sahaja
Kelas 1x seminggu
4x sebulan
Setiap sesi 1 jam
Google Meet
Belajar berkumpulan



PAKEJ A
YURAN BULANAN: RM 130 Sahaja
Kelas 2x seminggu
8x sebulan
Setiap sesi 1 jam
Google Meet
Belajar berkumpulan


PAKEJ B
YURAN BULANAN: RM 300 Sahaja
Kelas 2x seminggu
8x sebulan
Setiap sesi 1 jam
Google Meet
Belajar secara personal 1-to-1




(4) GOOGLE MEET

Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini dikendalikan sepenuhnya 100% secara online menggunakan Google Meet. Setiap pelajar yang mendaftar akan diberikan link untuk ikuti kelas sebelum kelas bermula.


(5) PENDAFTARAN


SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENDAFTAR, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP: +6 017-936 1721 ATAU:





KELAS TELAH BERMULA SECARA RASMI PADA BULAN NOVEMBER 2011. PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN.






Kelas Pengajian Secara Online ini dibawakan secara eksklusif oleh ELMUFEED
Sekiranya seseorang sedang menghadapi sebarang masalah atau dianiayai maka bolehlah mengamalkan doa ini. Dibaca 7x setiap kali selepas solat fardhu.

Doa Ketika Dizalimi

by on 14 October
Sekiranya seseorang sedang menghadapi sebarang masalah atau dianiayai maka bolehlah mengamalkan doa ini. Dibaca 7x setiap kali selepas sola...


Sihir, santau dan ilmu hitam adalah suatu perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Antara jenis-jenis sihir yang sering berlaku dalam masyarakat pada hari ini ialah Sihir Pemisahan (Perceraian). Sihir Pemisahan bermaksud sesuatu amalan yang sengaja dilakukan dengan tujuan untuk memisahkan seseorang dengan seseorang. Terdapat beberapa bentuk pemisahan ini iaitu; Memisahkan seorang anak dengan ibu atau bapanya, memisahkan adik beradik dalam sebuah keluarga, memisahkan seseorang dengan teman akrabnya, memisahkan rakan kongsi dalam perniagaan dan memisahkan pasangan suami dan isteri.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 102:


"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah SWT. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."

Salah satu bentuk pemisahan yang kerap berlaku dalam masyarakat ialah perceraian suami dan isteri yang semakin berleluasa sehinggakan ada pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun tetapi berakhir dengan perceraian. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan sebab atau punca berlakunya perceraian pasangan suami dan isteri.  Antaranya ialah faktor akhlak, pegangan agama, ekonomi, kesihatan, psikologi, kerjaya dan pengaruh persekitaran. Akan tetapi, perlu diingat juga bahawa perceraian pasangan suami dan isteri boleh berlaku kerana perbuatan sihir kerana sihir itu sememangnya wujud seperti yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadith.

Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutuskan awak-awaknya (untuk dibawanya berjalan-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis-krisis kritikal. Apabila seseorang lain yang datang dengan berkata: "Aku telah melakukan begini dan begitu.." (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut). Maka si iblis akan berkata: "Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa." Kemudian apabila ada seseorang lain yang berkata: "Aku tidak akan lepaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan isterinya." Maka si iblis tadi akan cepat-cepat menghampirinya lalu berkata: "Ya, engkaulah orang yang bijak."  (Hadith Riwayat Muslim)


Tanda-Tanda Terkena Sihir Jenis Ini

1. Hilang rasa kasih sayang dan timbulnya rasa marah dan benci.
2. Selalu berprasangka buruk antara kedua belah pihak.
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Sering memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
5. Berlaku perubahan penglihatan terhadap rupa bentuk seseorang seperti seorang suami melihat rupa paras isterinya dalam kedaan yang sangt hodoh walaupun pada hakikatnya si isteri merupakan seorang yang cantik. Begitu juga si isteri melihat rupa paras suaminya dalam keadaan yang menakutkan dan meyeramkan.
6. Timbul rasa bosan dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan.
7. Timbul rasa bosan, berserabut dan kegusaran ketika berada di rumah sendiri malah merasa lebih selesa jika berada di luar.

Senarai Semak Untuk Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi

1. Adakah anda melihat rupa paras suami/isteri anda dalam keadaan yang hodoh?
2. Adakah pernah berlaku krisis antara anda dan pasangan anda yang disebabkan oleh perkara yang kecil?
3. Adakah anda merasa lebih selesa apabila berada di luar atau merasa tidak tenteram dan berserabut ketika di rumah?
4. Adakah anda merasa kesukaran yang ketara ketika melakukan persetubuhan antara suami dan isteri?
5. Adakah anda atau pasangan anda pernah terkejut secara tiba-tiba dari tidur atau mengalami mimpi yang menakutkan?

Sekiranya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah 'YA', maka adalah dinasihatkan untuk menjalani rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam yang mengamalkan terapi Ruqyah Syar'iyah. Semoga kita semua terhindar dari kejahatan syaitan dan konco-konconya.




Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD

PUSAT RAWATAN ISLAM ELMUFEED
http://www.bekamdanrawat.blogspot.com/









Rujukan: As Shorimul Battar fit Tashoddi lissaharatil Asyrar, Sheikh Wahid Abdul Salam Bali

Sihir Pemisahan (Perceraian)

by on 11 October
Sihir, santau dan ilmu hitam adalah suatu perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Antara jenis-jen...


Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
"Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah dia menyedut dan menghembus rongga khaisyummnya dengan air sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan sememangnya melepak di dalam rongga khaisyum tersebut."  (HR. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada hadith Nabi SAW ini, jelas menunjukkan bahawa syaitan suka berada atau melepak di dalam rongga khaisyumKhaisyum bermaksud rongga hidung. Mengapa syaitan suka lepak dalam rongga hidung kerana rongga hidung kita merupakan filter (penyaring) kepada kotoran-kotoran seperti debu-debu dan kadangkala kotoran ini akan terelepas masuk ke dalam rongga hidung, jadi syaitan amat suka tempat yang ada kotoran seperti ini. Maka sebab itulah kita disuruh oleh Nabi SAW untuk membersihkannya terutama selepas bangun tidur.

Dalam ilmu perubatan, hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema akan terjadi apabila proses pembuangan toksin berlaku di bahagian kerongkong dan kebiasaannya suhu badan akan meningkat kerana badan mengandungi asid yang berlebihan. Selain itu, hidung juga akan menjadi sebu kerana paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

Ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti yang disebut dalam hadith ini, bukan sahaja dapat menyahkan syaitan yang suka melepak dalam rongga hidung kita, malah dapat menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita seperti hidung, paru-paru dan kerongkong.


Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD 

www.bekamdanrawat.blogspot.com

Tempat Lepak SYAITAN

by on 04 October
Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah dia menyedut dan...

ZINA merupakan persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara’ (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam taklif ‘wati’ syubhat’ (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya, atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syara’ sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini, kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam ‘wati’ syubhat’ iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukum syara’ yang disebutkan di dalam Al Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang qanun jenayah syariah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak seratus kali sebat. Firman Allah SWT dalam surah An Nuur ayat 2.

Maksudnya:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukum seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Lelaki atau perempuan yang melakukan ‘zina muhsan’ wajib dikenakan ke atas mereka hukuman had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati.

Lelaki atau perempuan yang melakukan ‘zina ghairu muhsan’ wajib dikenakan ke atas mereka hukum sebat seratus kali sebat dan buang negeri selama setahun.

Zina terbahagi kepada 2 jenis.
1.  Zina muhsan, iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin).

2. Zina ghairu muhsan, iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Hukum yang dikenakan ke atas orang yang zina muhsan dan ghairu muhsan adalah berdalilkan nas-nas berikut:

1. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya:

“Saidina Umar (khalifah Islam yang kedua) telah berkata dalam ceramahnya:sesungguhnya Allah Ta’ala telah membangkitkan (mengutus)Nabi Muhammad saw dengan sebenarnya dan menurunkan kepadanya kitab (Al Quran). Maka adalah di antara ayat-ayat yang diturunkan itu ialah ayat rejam. Kami telah membaca dan menghafaznya dan Rasulullah saw telah merejam orang yang berzina, dan kami juga telah menjalankan hukuman rejam. Sesungguhnya aku sangat-sangat takut di belakang hari nanti andainya ada orang yang berkata : Hukuman rejam itu tidak ada dalam kitab Allah (Al Quran), maka dengan itu, mereka akan sesat disebabkan meninggalkan kewajipan yang telah diturunkan Allah. Maka hukuman rejam itu hak sebenarnya atas mereka yang berzina, lelaki dan perempuan apabila zina muhsan, apabila ada saksi atau mengandung atau ia mengaku melakukan perzinaan.”                                                          
(Riwayat Syaikhan, Abu Daud, Tarmizi & Nasaai)

2. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

“Seorang lelaki (Ma’iz Al Islami) datang mengadap Rasulullah saw yang sedang berada di masjid maka ia memanggil baginda lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina, maka baginda berpaling daripadanya sehingga lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Kemudian apabila lelaki tadi membawa empat orang saksi ke atas dirinya, maka Rasulullah saw memanggilnya lalu bertanya: Adakah engkau gila. Rasulullah saw bertanya lagi.  Adakah engkau telah muhsan? Lelaki tadi menjawab: Ya, aku telah muhsan, lalu Rasulullah saw bersabda:Pergilah kamu semua dengannya dan rejamlah ia.”                                                                                                               
(Riwayat Muslim)

3. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin Al Somit daripada Nabi SAW sabdanya:

“Ambillah oleh kamu peraturan daripada ku. Ambillah oleh kamu peraturan daripada ku. Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka. Perawan dan jejaka (yang melakukan perzinaan), hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda sama janda (berzina) hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam).”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)




Al Faqir Ilallah:
HISHAM MOHAMAD


Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 

ZINA bahagian I: Pengenalan

by on 29 September
ZINA merupakan  persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum  syara’  ...
Kesalahan zina adalah suatu kesalahan dalam jinayah syari’ah yang wajib dikenakan hukuman hudud ke atas mereka yang melakukan kesalahan zina itu.

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:

1. Perzinaan itu mesti dibuktikan oleh empat orang saksi. Firman Allah SWT dalam surah An Nisaa’ ayat 15.
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah 4 orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”

2. Iqrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Iqrar ini hendaklah dibuat di hadapan Imam (ketua negara) atau wakilnya seperti hakim atau qadhi.

3. Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil (mengandung), bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

Syarat-Syarat Saksi

  1. Saksi-saksi itu mestilah empat orang yang semuanya terdiri daripada orang lelaki dan tidak diterima penyaksian orang perempuan.
  2. Baligh, iaitu orang yang telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syara’.
  3. Berakal, iaitu orang yang mempunyai akal fikiran yang waras dan yang cukup sempurna akal fikirannya.
  4. Orang yang adil, iaitu orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
  5. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah terdiri daripada orang-orang Islam, samada menjadi saksi ke atas orang Islam, atau yang bukan Islam.
  6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri iaitu kemaluan lelaki itu ke dalam kemaluan perempuan itu seperti lidi celak masuk ke dalam tabungnya, atau seperti keris masuk ke dalam sarungnya.
  7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku (bukan secara qiyasan).
Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).



Al Faqir Ilallah:
HISHAM MOHAMAD

Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan oleh Imam (Ketua Negara) atau wakilnya, iaitu hakim, tidak boleh dilaksanakan oleh orang awam, kerana hukuman hudud itu adalah hak Allah yang disyariatkan untuk menjaga kepentingan umat manusia.

Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai secara terang-terang, tidak boleh dilaksanakan dengan bersembunyi, iaitu dengan disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Firman Allah SWT dalam surah An Nuur ayat 4:

Maksudnya:
“Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”

Hukuman hudud wajib diserahkan kepada Imam (Ketua Negara) atau orang yang bertindak sebagai wakilnya, iaitu hakim atau qadhi, kerana hukuman hudud itu perlu kepada ijtihad.

Hukuman hudud yang tidak dilaksanakan oleh ketua negara atau wakilnya adalah dibimbangkan hukuman hudud itu tidak dijalankan dengan sempurna atau melebihi daripada yang sepatutnya yang boleh menyebabkan hukuman hudud itu tidak mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’.

Kehadiran Imam (Ketua Negara) tidak menjadi syarat dalam melaksanakan hukuman hudud, kerana Rasulullah SAW pada lazimnya tidak hadir, ketika hukuman hudud itu dijalankan.

Untuk menjalankan hukuman hudud perlu dengan izin Imam (Ketua Negara), kerana hukuman hudud yang dijalankan di zaman Rasulullah SAW adalah dengan izin Baginda, dan di zaman Khulafa’ Ar Rasyidin pula adalah dengan izin mereka itu.

Hakim yang hendak menjatuhkan hukuman hudud ke atas orang-orang yang melakukan perzinaan disunatkan meminta penjelasan daripada mereka itu sebelum hakim tadi menjatuhkan hukuman hudud itu, kerana boleh jadi ia baru zina mata sahaja, atau baru zina hidung dengan mencium, atau baru zina tangan dengan memegang sahaja.

Tindakan hakim sebagaimana tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bersabit kes Ma’iz bin Malik yang mengaku di hadapan Nabi SAW bahawa ia berzina, lalu baginda bersaba;

“Barangkali engkau baru mencium atau baru memegang sahaja, atau barangkali engkau baru melihat, Ma’iz menjawab: Tidak ya Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW bertanya: Adakah engkau sudah muhsan? Ma’iz menjawab: Ya aku sudah muhsan. Maka Rasulullah SAW memerintahkan sahabatnya merejam Ma’iz.”

Dalam kes zina, apabila orang yang didakwa berzina itu menarik balik pengakuannya sebelum hukuman hudud itu dijatuhkan ke atasnya disebabkan tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan zina ke atas orang yang didakwa berzina tadi, maka hukuman hudud itu tidak boleh dikenakan ke atasnya dan gugurlah hukuman hudud itu.

Mereka yang telah mengaku berzina yang mungkin pengakuannya itu dalam keadaan fikiran yang tidak sihat, atau kerana terlupa menarik balik pengakuannya tadi, disunatkan bagi hakim menyindir-nyindir lebih dahulu, dan menyelidiki lebih lanjut pengakuan mereka itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bersabit kes Ma’iz bin Malik untuk menjaga jiwa manusia supaya terhindar dari hukuman hudud.

Hukuman rejam bagi pesalah lelaki hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, samada kesalahannya disabitkan dengan saksi atau dengan iqrar (pengakuan), kerana Rasullulah SAW tidak menanam Ma’iz bin Malik, dan dua orang Yahudi ketika dijalankan hukuman rejam ke atas mereka itu.

Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam sebahagian badannya, jika kesalahannya itu disabitkan dengan saksi. Cara menjalankan hukuman rejam ke atas pesalah-pesalah perempuan sebagaimana tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah daripada bapanya katanya;

“Bahawasanya Nabi SAW telah merejam seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras susu perempuan itu untuk merejamnya”

Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam yang disabitkan kesalahannya dengan iqrar (pengakuan perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam, tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka auratnya.

Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka itu hendaklah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan orang Islam sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma’iz bin Malik yang mati direjam, sabdanya;

“Laksanakanlah mayat Ma’iz itu sebagaimana kamu laksanakan mayat-mayat kamu”
       (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Hukuman rejam boleh dijalankan pada bila-bila masa, samada pesalah-pesalah itu dalam keadaan sihat atau sebaliknya, kerana rejam itu memang hukuman untuk membinasakan pesalah-pesalah.

Pesalah-pesalah perempuan yang sedang hamil tidak boleh dijalankan hukuman rejam ke atasnya, kecuali setelah dan selepas perempuan itu melahirkan anaknya (bersalin).

Hukuman rejam tidak boleh dijalankan di dalam masjid, malah hendaklah dijalankan di tempat yang luas dan jauh dari tempat tinggal pesalah-pesalah itu.

Batu-Batu Yang Digunakan Untuk Merejam

Batu-batu yang harus digunakan untuk merejam orang-orang yang melakukan kesalahan zina hendaklah batu-batu yang sederhana besarnya, tidak terlalu kecil supaya tidak terlalu lama menyeksanya dan tidak pula terlalu besar.

Hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan cemeti dengan pukulan yang sederhana sebanyak seratus kali, dan cemeti yang digunakan untuk penyebat itu bukan cemeti yang basah supaya tidak melukakan, dan bukan pula cemeti yang bercabang atau pecah.

Penyebat yang menggunakan cemeti yang bercabang atau cemeti yang pecah, sebatan itu tidak dikira sebagai satu sebatan, malah sebatan tadi adalah mengikut bilangan cabang-cabang yang ada pada cemeti itu.

Hukuman sebat tidak boleh dijalankan di masa waktu terlalu panas, atau di masa waktu tersangat sejuk. Hukuman sebat ini juga tidak boleh dijalankan ke atas pesalah-pesalah yang sedang sakit dan perempuan-perempuan yang sedang hamil dan perempuan-perempuan yang sedang kedatangan nifas.

Pesalah-pesalah lelaki tidak perlu ditanggalkan pakaiannya, kecuali boleh ditanggalkan pakaiannya, jika pesalah-pesalah itu memakai pakaian yang tebal pada musim sejuk.

Tujuan Hukuman Sebat

Hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk mematikan penjenayah-penjenayah sebagaimana hukuman rejam yang dikenakan ke atas orang-orang yang zina muhsan, tetapi sebenarnya adalah merupakan hukuman untuk menghalang dan mencegah penjenayah melakukan jenayah-jenayah syari’ah dengan berterusan.


Al Faqir Ilallah:
HISHAM MOHAMAD



Allah SWT berfirman dalam Surah Al An'am ayat 17:

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.'

Allah SWT dalam ayat ini menegaskan akan Maha KekuasaanNya iaitu tak ada seorangpun yang dapat melenyapkan suatu kemudaratan yang ditimpakan Tuhan kepada seseorang kecuali Allah sendiri, seperti sakit, kemiskinan, dukacita, kehinaan dan sebagainya yang mengakibatkan penderitaan manusia baik zahir mahupun batin. Maka, bukanlah berhala-berhala, dukun-dukun atau pelindung lainnya selain Allah yang acap kali dipandang oleh orang musyrik, dapat menghilangkan kemudaratan tersebut.

Demikian pula halnya tak ada seorangpun yang dapat mencegah suatu kebaikan yang dianugerahkan Allah kepada seseorang seperti kekayaan, kesihatan, kemuliaan, kekuatan dan sebagainya yang menimbulkan kebahagiaan baik zahir mahupun batin. Allah berkuasa memelihara segala kebaikan itu agar seseorang tetap sebagaimana yang dikehendakiNya.
Allah SWT berfirman dalam Surah An Nisa' ayat 148:

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Dalam ayat ini, Allah menerangkan bahwa Dia tidak menyukai hambaNya yang melontarkan ucapan-ucapan buruk kepada sesiapapun. Ucapan buruk itu dapat menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara anggota masyarakat dan jika berlarutan dapat menjerumus kepada pengingkaran hak dan pertumpahan darah. Ucapan buruk itu dapat pula mempengaruhi orang-orang yang mendengarnya untuk meniru perbuatan itu, terutama bila perbuatan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin.

Jadi Allah tidak menyukai sesuatu itu bererti Allah tidak meredhainya dan tidak memberinya pahala.

Dalam hal ini dikecualikan orang yang dianiaya. Jika seseorang dianiaya, dia diperbolehkan mengadukan orang yang menganiayanya kepada hakim atau kepada orang lain yang dapat memberi pertolongan dalam menghilangkan kezaliman. Jika seseorang dianiaya lalu ia menyampaikan pengaduan, tentu saja pengaduan itu dengan menyebutkan keburukan-keburukan orang yang menganiayanya. Maka dalam hal ini ada dua kemungkinan iaitu,

Pertama: orang yang teraniaya melontarkan ucapan-ucapan buruk terhadap seseorang yang menganiayanya. Hal ini dapat menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kedua belah pihak.

Kedua: bila orang yang dianiaya itu diam saja, maka kezaliman akan tambah memuncak dan keadilan akan lenyap. Kerana itu Allah mengizinkan dalam ayat ini bagi orang-orang yang teraniaya melontarkan ucapan-ucapan dan tuduhan tentang keburukan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh orang yang menganiaya walaupun akan mengakibatkan kebencian, kerana membiarkan penganiayaan adalah lebih buruk akibatnya, sesuai dengan kaedah: ارتكاب أخف الضررين Ertinya: "Memilih yang lebih ringan mudaratnya di antara dua kemudaratan".

Maka wajiblah orang yang dianiaya menyampaikan pengaduannya kepada hakim atau lainnya. Seseorang yang zalim jika tidak diambil tindakan yang tegas terhadapnya akan bertambah luaslah kezalimannya. Tetapi jika tidak ada maksud untuk menghilangkan kezaliman, maka seseorang dilarang keras melontarkan ucapan-ucapan yang buruk. Diperingatkan dalam ayat ini bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap ucapan yang dikeluarkan oleh orang yang zalim dan orang yang dianiaya, terutama jika mereka melampaui batas sampai melontarkan pengaduan yang dusta atau bersifat menghasut dan mengadu domba.