Kelas Pengajian Online
Kelas
Pengajian Ini Dikhususkan Untuk Orang Dewasa Dan Pelajar IPT Yang Ingin
Mempelajari Asas-Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Bermula Dari Peringkat Awal
Sehingga Pertengahan.
Kelas Pengajian Online Ini Telah Bermula Secara Rasmi Sejak TAHUN 2011, Kini Sudah Lebih 12 TAHUN.
Alhamdulillah, Ramai Yang Telah TAMAT PENGAJIAN Dari Pelbagai Negeri Di MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA Dan Juga QATAR.
Kenapa Mesti Mempelajari Ilmu Asas Fiqh & Fardhu 'Ain?
- Ilmu yang WAJIB dipelajari oleh setiap individu Muslim dan Muslimah bertujuan untuk mengamalkan segala perintah Allah SWT.
- Untuk mengatasi kekeliruan, kerana terdapat banyaknya perbezaan pandangan di kalangan para asatizah dalam internet.
- Sebagai benteng diri dari terpengaruh kepada fahaman dan ajaran sesat.
- Sebagai persiapan awal sebelum bertemu Allah SWT kelak.
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH WHATSAPP: +6 011-28935719 ATAU:
Apa Yang Bakal Dipelajari?
Kelas
pengajian ini melibatkan pembelajaran asas-asas Fiqh yang meliputi pelbagai
aspek dalam kehidupan seharian dan pada masa yang sama menekankan pada
perkara-perkara asas yang menjadi kewajipan kepada seorang Muslim dan Muslimah
iaitu ilmu fardhu 'ain termasuk asas aqidah Islamiah dan tasauf.
Sesi pengajian akan berlangsung secara santai dan tidak terlalu formal. Para pelajar diberi ruang untuk bersoal jawab sepanjang tempoh belajar, di samping dikaitkan juga dengan isu-isu semasa. Konsep kami, 'belajar sehingga faham'.
Kelas
Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini menggunakan buku
rujukan INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - (Almarhum Dato' Ismail Kamus |
Mohd. Azrul Azlen) sepanjang tempoh pengajian beserta 17 MODUL.
Pihak kami hanya menyediakan Modul 1 - 17 dalam bentuk PDF.
Tajuk-tajuk
yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian, antaranya adalah seperti
berikut:
- Pengantar Syariah
- Asas Aqidah Islamiah
- Syariat Berkaitan Remaja
- Asas Ilmu Fardhu 'Ain (Bersuci, Tayammum, Wudhu', Solat, Jamak & Qasar, Puasa)
- Kewajipan Zakat
- Bab Munakahat (Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam)
- Syariat Kelahiran
- Asas Pelaksanaan Ibadah Haji Dan Umrah
- Syariat Dalam Bermasyarakat
- Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)
- Pengurusan Jenazah
- Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam
Kelas
Pengajian Online Ini Sesuai Untuk Siapa?
- Orang dewasa yang sibuk bekerja, masa yang amat terbatas.
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Orang bujang yang sedang membuat persiapan untuk berumahtangga
- Suami dan isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan
- Para suami yang sedang berusaha mendidik dan membimbing ahli keluarga
- Para suri rumah yang selalu berada di rumah
- Para muallaf yang ingin menambahkan lagi kefahaman Islam
- Mereka yang ingin 'refresh' semula ilmu asas Fiqh & Fardhu 'Ain yang mungkin telah dilupai
No comments:
Post a Comment