Showing posts with label SYARIAH. Show all posts
Showing posts with label SYARIAH. Show all posts
Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain

Buku Indahnya Hidup Bersyariat merupakan sebuah karya Islamik yang lengkap, padat dan sangat mudah difahami. Ditulis dengan pendekatan visual dan praktikal, buku ini menjadi pilihan ramai sebagai panduan Fardu 'Ain dan kehidupan Muslim mengikut syariah.


Apa Kandungan Dalam Buku Ini?

  • Syariat sejak bayi dilahirkan
  • Fardu 'Ain untuk kanak-kanak & remaja
  • Ilmu muamalat (jual beli) & munakahat (nikah & rumah tangga)
  • Syariat dalam bermasyarakat
  • Adab-adab harian, zikir & doa lengkap


Kenapa Buku Ini Istimewa?

  • Disampaikan dalam bentuk carta, jadual dan rajah yang mudah difahami
  • Disusun mengikut langkah demi langkah (step-by-step)
  • Doa & zikir mudah dibaca dan dihafal
  • Disertakan gambar penuh warna yang sangat menarik & realistik


Siapa Patut Miliki Buku Ini?

Buku ini sesuai untuk:

  • Individu yang mahu belajar Fardu 'Ain dengan betul
  • Ibu bapa dan guru yang mendidik anak-anak ikut syariat
  • Sekolah, pusat sumber dan surau sebagai bahan rujukan


Kesimpulan

Buku Indahnya Hidup Bersyariat bukan sekadar bacaan, malah ia adalah panduan menyeluruh untuk hidup menurut ajaran Islam yang sebenar. Lengkap, mudah difahami dan sangat sesuai dimiliki oleh setiap Muslim.


'Syariat bukan menyusahkan, tapi memandu kita menuju hidup yang diberkati'



Dapatkan buku ini sekarang dan jadikan ia teman harian dalam perjalanan hidup bersyariat.

"Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain"



Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
kelas fardhu ain dewasa online
Pendaftaran dibuka sepanjang tahun

ZINA merupakan persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara’ (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam taklif ‘wati’ syubhat’ (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya, atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syara’ sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini, kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam ‘wati’ syubhat’ iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukum syara’ yang disebutkan di dalam Al Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang qanun jenayah syariah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak seratus kali sebat. Firman Allah SWT dalam surah An Nuur ayat 2.

Maksudnya:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukum seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Lelaki atau perempuan yang melakukan ‘zina muhsan’ wajib dikenakan ke atas mereka hukuman had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati.

Lelaki atau perempuan yang melakukan ‘zina ghairu muhsan’ wajib dikenakan ke atas mereka hukum sebat seratus kali sebat dan buang negeri selama setahun.

Zina terbahagi kepada 2 jenis.
1.  Zina muhsan, iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin).

2. Zina ghairu muhsan, iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Hukum yang dikenakan ke atas orang yang zina muhsan dan ghairu muhsan adalah berdalilkan nas-nas berikut:

1. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya:

“Saidina Umar (khalifah Islam yang kedua) telah berkata dalam ceramahnya:sesungguhnya Allah Ta’ala telah membangkitkan (mengutus)Nabi Muhammad saw dengan sebenarnya dan menurunkan kepadanya kitab (Al Quran). Maka adalah di antara ayat-ayat yang diturunkan itu ialah ayat rejam. Kami telah membaca dan menghafaznya dan Rasulullah saw telah merejam orang yang berzina, dan kami juga telah menjalankan hukuman rejam. Sesungguhnya aku sangat-sangat takut di belakang hari nanti andainya ada orang yang berkata : Hukuman rejam itu tidak ada dalam kitab Allah (Al Quran), maka dengan itu, mereka akan sesat disebabkan meninggalkan kewajipan yang telah diturunkan Allah. Maka hukuman rejam itu hak sebenarnya atas mereka yang berzina, lelaki dan perempuan apabila zina muhsan, apabila ada saksi atau mengandung atau ia mengaku melakukan perzinaan.”                                                          
(Riwayat Syaikhan, Abu Daud, Tarmizi & Nasaai)

2. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

“Seorang lelaki (Ma’iz Al Islami) datang mengadap Rasulullah saw yang sedang berada di masjid maka ia memanggil baginda lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina, maka baginda berpaling daripadanya sehingga lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Kemudian apabila lelaki tadi membawa empat orang saksi ke atas dirinya, maka Rasulullah saw memanggilnya lalu bertanya: Adakah engkau gila. Rasulullah saw bertanya lagi.  Adakah engkau telah muhsan? Lelaki tadi menjawab: Ya, aku telah muhsan, lalu Rasulullah saw bersabda:Pergilah kamu semua dengannya dan rejamlah ia.”                                                                                                               
(Riwayat Muslim)

3. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin Al Somit daripada Nabi SAW sabdanya:

“Ambillah oleh kamu peraturan daripada ku. Ambillah oleh kamu peraturan daripada ku. Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka. Perawan dan jejaka (yang melakukan perzinaan), hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda sama janda (berzina) hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam).”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)




Al Faqir Ilallah:
HISHAM MOHAMAD


Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 

ZINA bahagian I: Pengenalan

by on 29 September
ZINA merupakan  persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum  syara’  ...
Kesalahan zina adalah suatu kesalahan dalam jinayah syari’ah yang wajib dikenakan hukuman hudud ke atas mereka yang melakukan kesalahan zina itu.

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:

1. Perzinaan itu mesti dibuktikan oleh empat orang saksi. Firman Allah SWT dalam surah An Nisaa’ ayat 15.
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah 4 orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”

2. Iqrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Iqrar ini hendaklah dibuat di hadapan Imam (ketua negara) atau wakilnya seperti hakim atau qadhi.

3. Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil (mengandung), bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

Syarat-Syarat Saksi

  1. Saksi-saksi itu mestilah empat orang yang semuanya terdiri daripada orang lelaki dan tidak diterima penyaksian orang perempuan.
  2. Baligh, iaitu orang yang telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syara’.
  3. Berakal, iaitu orang yang mempunyai akal fikiran yang waras dan yang cukup sempurna akal fikirannya.
  4. Orang yang adil, iaitu orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
  5. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah terdiri daripada orang-orang Islam, samada menjadi saksi ke atas orang Islam, atau yang bukan Islam.
  6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri iaitu kemaluan lelaki itu ke dalam kemaluan perempuan itu seperti lidi celak masuk ke dalam tabungnya, atau seperti keris masuk ke dalam sarungnya.
  7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku (bukan secara qiyasan).
Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).



Al Faqir Ilallah:
HISHAM MOHAMAD

Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan oleh Imam (Ketua Negara) atau wakilnya, iaitu hakim, tidak boleh dilaksanakan oleh orang awam, kerana hukuman hudud itu adalah hak Allah yang disyariatkan untuk menjaga kepentingan umat manusia.

Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai secara terang-terang, tidak boleh dilaksanakan dengan bersembunyi, iaitu dengan disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Firman Allah SWT dalam surah An Nuur ayat 4:

Maksudnya:
“Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”

Hukuman hudud wajib diserahkan kepada Imam (Ketua Negara) atau orang yang bertindak sebagai wakilnya, iaitu hakim atau qadhi, kerana hukuman hudud itu perlu kepada ijtihad.

Hukuman hudud yang tidak dilaksanakan oleh ketua negara atau wakilnya adalah dibimbangkan hukuman hudud itu tidak dijalankan dengan sempurna atau melebihi daripada yang sepatutnya yang boleh menyebabkan hukuman hudud itu tidak mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’.

Kehadiran Imam (Ketua Negara) tidak menjadi syarat dalam melaksanakan hukuman hudud, kerana Rasulullah SAW pada lazimnya tidak hadir, ketika hukuman hudud itu dijalankan.

Untuk menjalankan hukuman hudud perlu dengan izin Imam (Ketua Negara), kerana hukuman hudud yang dijalankan di zaman Rasulullah SAW adalah dengan izin Baginda, dan di zaman Khulafa’ Ar Rasyidin pula adalah dengan izin mereka itu.

Hakim yang hendak menjatuhkan hukuman hudud ke atas orang-orang yang melakukan perzinaan disunatkan meminta penjelasan daripada mereka itu sebelum hakim tadi menjatuhkan hukuman hudud itu, kerana boleh jadi ia baru zina mata sahaja, atau baru zina hidung dengan mencium, atau baru zina tangan dengan memegang sahaja.

Tindakan hakim sebagaimana tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bersabit kes Ma’iz bin Malik yang mengaku di hadapan Nabi SAW bahawa ia berzina, lalu baginda bersaba;

“Barangkali engkau baru mencium atau baru memegang sahaja, atau barangkali engkau baru melihat, Ma’iz menjawab: Tidak ya Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW bertanya: Adakah engkau sudah muhsan? Ma’iz menjawab: Ya aku sudah muhsan. Maka Rasulullah SAW memerintahkan sahabatnya merejam Ma’iz.”

Dalam kes zina, apabila orang yang didakwa berzina itu menarik balik pengakuannya sebelum hukuman hudud itu dijatuhkan ke atasnya disebabkan tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan zina ke atas orang yang didakwa berzina tadi, maka hukuman hudud itu tidak boleh dikenakan ke atasnya dan gugurlah hukuman hudud itu.

Mereka yang telah mengaku berzina yang mungkin pengakuannya itu dalam keadaan fikiran yang tidak sihat, atau kerana terlupa menarik balik pengakuannya tadi, disunatkan bagi hakim menyindir-nyindir lebih dahulu, dan menyelidiki lebih lanjut pengakuan mereka itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bersabit kes Ma’iz bin Malik untuk menjaga jiwa manusia supaya terhindar dari hukuman hudud.

Hukuman rejam bagi pesalah lelaki hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, samada kesalahannya disabitkan dengan saksi atau dengan iqrar (pengakuan), kerana Rasullulah SAW tidak menanam Ma’iz bin Malik, dan dua orang Yahudi ketika dijalankan hukuman rejam ke atas mereka itu.

Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam sebahagian badannya, jika kesalahannya itu disabitkan dengan saksi. Cara menjalankan hukuman rejam ke atas pesalah-pesalah perempuan sebagaimana tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah daripada bapanya katanya;

“Bahawasanya Nabi SAW telah merejam seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras susu perempuan itu untuk merejamnya”

Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam yang disabitkan kesalahannya dengan iqrar (pengakuan perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam, tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka auratnya.

Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka itu hendaklah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan orang Islam sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma’iz bin Malik yang mati direjam, sabdanya;

“Laksanakanlah mayat Ma’iz itu sebagaimana kamu laksanakan mayat-mayat kamu”
       (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Hukuman rejam boleh dijalankan pada bila-bila masa, samada pesalah-pesalah itu dalam keadaan sihat atau sebaliknya, kerana rejam itu memang hukuman untuk membinasakan pesalah-pesalah.

Pesalah-pesalah perempuan yang sedang hamil tidak boleh dijalankan hukuman rejam ke atasnya, kecuali setelah dan selepas perempuan itu melahirkan anaknya (bersalin).

Hukuman rejam tidak boleh dijalankan di dalam masjid, malah hendaklah dijalankan di tempat yang luas dan jauh dari tempat tinggal pesalah-pesalah itu.

Batu-Batu Yang Digunakan Untuk Merejam

Batu-batu yang harus digunakan untuk merejam orang-orang yang melakukan kesalahan zina hendaklah batu-batu yang sederhana besarnya, tidak terlalu kecil supaya tidak terlalu lama menyeksanya dan tidak pula terlalu besar.

Hukuman sebat boleh dijalankan dengan menggunakan cemeti dengan pukulan yang sederhana sebanyak seratus kali, dan cemeti yang digunakan untuk penyebat itu bukan cemeti yang basah supaya tidak melukakan, dan bukan pula cemeti yang bercabang atau pecah.

Penyebat yang menggunakan cemeti yang bercabang atau cemeti yang pecah, sebatan itu tidak dikira sebagai satu sebatan, malah sebatan tadi adalah mengikut bilangan cabang-cabang yang ada pada cemeti itu.

Hukuman sebat tidak boleh dijalankan di masa waktu terlalu panas, atau di masa waktu tersangat sejuk. Hukuman sebat ini juga tidak boleh dijalankan ke atas pesalah-pesalah yang sedang sakit dan perempuan-perempuan yang sedang hamil dan perempuan-perempuan yang sedang kedatangan nifas.

Pesalah-pesalah lelaki tidak perlu ditanggalkan pakaiannya, kecuali boleh ditanggalkan pakaiannya, jika pesalah-pesalah itu memakai pakaian yang tebal pada musim sejuk.

Tujuan Hukuman Sebat

Hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk mematikan penjenayah-penjenayah sebagaimana hukuman rejam yang dikenakan ke atas orang-orang yang zina muhsan, tetapi sebenarnya adalah merupakan hukuman untuk menghalang dan mencegah penjenayah melakukan jenayah-jenayah syari’ah dengan berterusan.


Al Faqir Ilallah:
HISHAM MOHAMAD