Tentang Kami

Selamat Datang ke Elmufeed!


Elmufeed adalah platform pendidikan yang memfokuskan kepada pengajian agama Islam secara dalam talian yang diasaskan untuk membantu masyarakat mempelajari ilmu asas Fiqh dan Fardhu 'Ain dengan mudah, teratur dan difahami, tanpa mengira latar belakang atau lokasi. Sejak 2011, kami telah membimbing ratusan pelajar dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Qatar.


Kami percaya bahawa setiap Muslim dan Muslimah berhak mendapat akses kepada ilmu yang sahih dan bermanfaat, terutamanya ilmu yang wajib seperti aqidah, ibadah, akhlak dan kekeluargaan. Pengajian di Elmufeed disampaikan dalam suasana santai dan interaktif, menggunakan Google Meet, dan disokong dengan modul serta bahan rujukan seperti buku Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus & Dr. Azrul Azlen


Misi Kami:
Membina generasi Muslim yang celik ilmu agama, faham hukum-hakam dan bersedia beramal dalam kehidupan seharian.


Visi Kami:
Menjadi pusat pengajian online Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa yang dipercayai dan dirujuk oleh masyarakat Nusantara.

No comments:

Post a Comment