Kelas Pengajian Fardhu Ain Dewasa Secara Online Elmufeed

Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Dewasa Online

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu Ain dewasa secara online kini sudah beroperasi selama 14 TAHUN. Bermula secara rasmi sejak tahun 2011, kelas ini masih terus ditawarkan kepada masyarakat secara dalam talian.


Ramai yang telah menamatkan pengajian dari pelbagai negeri di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Qatar. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian.


Kenapa Anda Perlu Sertai Kelas Ini?

  • Ilmu fardhu ain adalah ilmu wajib untuk setiap Muslim dan Muslimah.
  • Membantu mengatasi kekeliruan dengan banyaknya pandangan yang berbeza di internet.
  • Benteng diri daripada ajaran sesat dan fahaman menyeleweng.
  • Sebagai bekalan sebelum bertemu Allah SWT.


Siapa Yang Sesuai Sertai?

  • Individu dewasa yang sibuk bekerja
  • Pelajar IPT
  • Pasangan suami isteri
  • Orang bujang yang sedang membuat persiapan untuk berumahtangga
  • Para muallaf
  • Sesiapa yang ingin 'refresh' ilmu fardhu 'ain


Kaedah Pengajian

Kelas dijalankan 100% secara online melalui Google Meet. Setiap sesi selama 1 jam, dengan kaedah penyampaian yang santai, interaktif dan penuh pengisian.

Google Meet Kelas Online Elmufeed


Modul Pembelajaran

Pengajian berdasarkan buku rujukan INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (Almarhum Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen) beserta 17 modul dalam bentuk PDF.

  • Pengantar Syariah & Asas Aqidah Islamiah
  • Ilmu Fardhu 'Ain (taharah, solat, zakat, puasa, haji)
  • Syariat Remaja, Munakahat (Perkahwinan dan Kekeluargaan), Syariat Kelahiran & Bermasyarakat
  • Muamalat, Pengurusan Jenazah, Jinayat Dalam Islam

Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain

Pihak kami hanya menyediakan Modul 1-17 dalam bentuk PDF. Buku Indahnya Hidup Bersyariat boleh didapati di mana-mana kedai buku atau beli di sini selagi stok masih ada.

Jadual Hari & Waktu Pengajian

Pada masa ini, kelas pengajian yang sedang berlangsung adalah seperti berikut:

Hari Kumpulan Masa
Isnin & Selasa Kumpulan 1 8:00 - 9:00 Malam
Isnin & Selasa Kumpulan 2 9:00 - 10:00 Malam
Rabu & Khamis Kumpulan 3 8:00 - 9:00 Malam
Rabu & Khamis Kumpulan 4 9:00 - 10:00 Malam

Nota: Pelajar baru akan mengikuti kelas permulaan bermula dari MODUL 1 secara personal teaching. Hari & waktu boleh dibincangkan mengikut kesesuaian masa pelajar dan tenaga pengajar.


 Yuran Pengajian

Pakej Yuran Butiran
PAKEJ A RM60 / bulan
• Kelas 1x seminggu
• 4x sebulan
• Setiap sesi 1 jam
• Platform: Google Meet
• Belajar secara berkumpulan
PAKEJ B (Promo) RM120 RM100 / bulan
• Kelas 2x seminggu
• 8x sebulan
• Setiap sesi 1 jam
• Platform: Google Meet
• Belajar secara berkumpulan
 PAKEJ C        RM300 / bulan
• Kelas 2x seminggu
• 8x sebulan
• Setiap sesi 1 jam
• Platform: Google Meet
• Belajar secara personal 1-to-1 dari MODUL 1
sehingga tamat MODUL 17


Kemudahan Lain

Pelajar juga akan menerima:
  • Modul 1-17 dalam bentuk PDF
  • Set Soalan Ulangkaji
  • Transkrip Akademik - Akan diposkan ke rumah
  • Sijil Tamat Pengajian (Certificate Of Programme Completion) - Akan diposkan ke rumah


Pendaftaran & Pertanyaan

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan & pendaftaran boleh terus hubungi:

Hotline / WhatsApp: +6 011-2893 5719 (Admin) ATAU:

kelas fardhu ain dewasa online - daftar

Borang pendaftaran akan diberikan melalui WhatsApp selepas menghubungi pihak kami. Dialu-alukan untuk mendaftar dan selamat belajar. InshaAllah kita akan bertemu pada kelas yang pertama nanti.


Kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu Ain dewasa online akan dibimbing dan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hisham Mohamad

Kelas Fardhu Ain Dewasa Online - Ust Hisham Mohamad




Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain

Buku Indahnya Hidup Bersyariat merupakan sebuah karya Islamik yang lengkap, padat dan sangat mudah difahami. Ditulis dengan pendekatan visual dan praktikal, buku ini menjadi pilihan ramai sebagai panduan Fardu 'Ain dan kehidupan Muslim mengikut syariah.


Apa Kandungan Dalam Buku Ini?

  • Syariat sejak bayi dilahirkan
  • Fardu 'Ain untuk kanak-kanak & remaja
  • Ilmu muamalat (jual beli) & munakahat (nikah & rumah tangga)
  • Syariat dalam bermasyarakat
  • Adab-adab harian, zikir & doa lengkap


Kenapa Buku Ini Istimewa?

  • Disampaikan dalam bentuk carta, jadual dan rajah yang mudah difahami
  • Disusun mengikut langkah demi langkah (step-by-step)
  • Doa & zikir mudah dibaca dan dihafal
  • Disertakan gambar penuh warna yang sangat menarik & realistik


Siapa Patut Miliki Buku Ini?

Buku ini sesuai untuk:

  • Individu yang mahu belajar Fardu 'Ain dengan betul
  • Ibu bapa dan guru yang mendidik anak-anak ikut syariat
  • Sekolah, pusat sumber dan surau sebagai bahan rujukan


Kesimpulan

Buku Indahnya Hidup Bersyariat bukan sekadar bacaan, malah ia adalah panduan menyeluruh untuk hidup menurut ajaran Islam yang sebenar. Lengkap, mudah difahami dan sangat sesuai dimiliki oleh setiap Muslim.


'Syariat bukan menyusahkan, tapi memandu kita menuju hidup yang diberkati'



Dapatkan buku ini sekarang dan jadikan ia teman harian dalam perjalanan hidup bersyariat.

"Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain"



Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
kelas fardhu ain dewasa online
Pendaftaran dibuka sepanjang tahun

Kelas Fardhu Ain Dewasa Online 2025 / 2026

Kelas fardhu ain yang dikhususkan hanya untuk golongan dewasa dan pelajar IPT, dikendalikan sepenuhnya secara online. Bermula dari peringkat awal sehingga pertengahan.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu Ain dewasa online kini sudah 14 TAHUN. Bermula secara rasmi SEJAK TAHUN 2011, sekarang masih lagi diteruskan, menawarkan pengajian kepada masyarakat secara dalam talian.


Ramai yang telah TAMAT PENGAJIAN dari pelbagai negeri di MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA dan juga QATAR. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian dan selamat beramal.


Dengan hanya mempunyai smartphone, tablet atau laptop serta capaian internet, kini anda sudah boleh mengikuti kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu 'Ain tanpa keluar dari rumah.



Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain

Kelas pengajian ini melibatkan pembelajaran asas-asas Fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian dan pada masa yang sama menekankan pada perkara-perkara asas yang menjadi kewajipan kepada seorang Muslim dan Muslimah iaitu ilmu fardhu 'ain termasuk asas aqidah Islamiah dan tasauf.



Kenapa Mesti Mempelajari Ilmu Asas Fiqh & Fardhu 'Ain?

  • Ilmu yang WAJIB dipelajari oleh setiap individu Muslim dan Muslimah bertujuan untuk mengamalkan segala perintah Allah SWT.
  • Untuk mengatasi kekeliruan, kerana terdapat banyaknya perbezaan pandangan di kalangan para asatizah dalam internet.
  • Sebagai benteng diri dari terpengaruh kepada fahaman dan ajaran sesat.
  • Sebagai persiapan awal sebelum bertemu Allah SWT kelak.


  • Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Online Ini Sesuai Untuk Siapa?

    • Orang dewasa yang sibuk bekerja, masa yang amat terbatas.
    • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
    • Orang bujang yang sedang membuat persiapan untuk berumahtangga
    • Suami dan isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan
    • Para suami yang sedang berusaha mendidik dan membimbing ahli keluarga
    • Para suri rumah yang selalu berada di rumah
    • Para muallaf yang ingin menambahkan lagi kefahaman Islam
    • Mereka yang ingin 'refresh' semula ilmu asas Fiqh & Fardhu 'Ain yang mungkin telah dilupai




    PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
    +6 011-28935719 (ADMIN) 
    ATAU:

    Kelas fardhu ain dewasa online


    Apa Yang Bakal Dipelajari?


    Kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam ibadah yang wajib bagi seorang Muslim dan Muslimah. Ditambah juga dengan ilmu asas fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan, di samping perbincangan permasalahan dan persoalan-persoalan semasa yang berkaitan.

    Sesi pengajian akan berlangsung secara santai dan tidak terlalu formal. Para pelajar diberi ruang untuk bersoal jawab sepanjang tempoh belajar, di samping dikaitkan juga dengan isu-isu semasa. Konsep kami, 'belajar sehingga faham'. Apabila kita faham kaedahnya, maka mudah untuk kita mengingatinya dan beramal.

    Buku rujukan utama yang digunakan dalam kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini ialah buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - (Almarhum Dato' Ismail Kamus | Mohd. Azrul Azlen) sepanjang tempoh pengajian beserta 17 MODUL. Pihak kami hanya menyediakan Modul 1 - 17 dalam bentuk PDF. InshaaAllah pengajian secara santai dan tersusun.

    Kelas fardhu ain dewasa online

    Buku: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT, boleh beli di sini:


    Tajuk-tajuk yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian berdasarkan buku dan modul, antaranya adalah seperti berikut:


    1. Pengantar Syariah
    Membincangkan pengenalan tentang mazhab-mazhab bagi ahlussunnah wal jamaah, Sumber Hukum Syariat, Hukum-Hukum Syariat dan Maqasid Syariah.


    2. Asas Aqidah Islamiah
    Mengenal Allah dan Rasul serta perbincangan tentang Rukun Iman secara lebih terperinci.


    3. Syariat Berkaitan Remaja
    Kewajipan Menutup Aurat, Asas Ilmu Akhlak (tasauf)


    4. Asas Ilmu Fardhu 'Ain

    • Perbahasan tentang bab Bersuci (taharah)
    • Pembahagian Air
    • Pembahagian Najis
    • Istinjak
    • Jenis Darah Wanita - Haid, Nifas dan Istihadhah
    • Mandi Wajib dan Sunat
    • Tayammum
    • Wudhu'
    • Bab Solat - Syarat Sah Solat, Rukun Solat, Perkara Sunat Dalam Solat, Solat Bagi Orang Sakit
    • Azan dan Iqamat
    • Sujud Sahwi
    • Sujud Tilawah
    • Solat Berjemaah - Susunan Imam dan Makmum, Syarat Sah Mengikut Imam, Masbuk dan Muafik
    • Solat Jumaat
    • Solat Jama' dan Qasar
    • Solat-Solat Sunat
    • Teknik Khusyu' Dalam Solat
    • Doa - Adab-Adab dan Sifat Berdoa, Syarat Doa Makbul, Waktu Yang Baik Untuk Berdoa, Waktu Mustajab Doa, Tempat Mustajab Doa, Sebab-Sebab Doa Ditolak
    • Kewajipan Puasa
    • Kewajipan Zakat - Zakat Fitrah (Badaniyyah) dan Zakat Harta (Maliyyah)
    • Asas Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah
    • Asas Sembelihan Dalam Islam
    • Ibadah Korban


    5. Bab 
    Munakahat (Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam)
    Membincangkan tentang hukum hakam dalam perkahwinan, Dasar Pemilihan Isteri, Dasar Pemilihan Suami, Pertunangan, Rukun Nikah, Tanggungjawab Suami, Tanggungjawab Isteri, Poligami, Talak (Perceraian), Jenis-Jenis Talak, 'Iddah, Hukum Talak, Rujuk, Cara Untuk Membubarkan Perkahwinan

    6. Syariat Kelahiran
    Membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan menyambut kelahiran bayi, Tahnik, Panduan Memberikan Nama Yang Baik, Pengurusan Uri, Aqiqah dan Bercukur Rambut, Berkhitan


    7. Syariat Dalam Bermasyarakat
    Membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan dalam masyarakat seperti Adab Bersahabat, Adab Berjiran, Adab Memberi Salam Dan Bertanya Khabar.


    8. Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)
    Membincangkan tentang urusan jual beli dalam Islam samada dibenarkan atau dilarang. Mengenali Pelbagai Jenis Akad Jual Beli, Rukun Jual Beli, Jual beli Yang Dilarang Dan Tidak Sah, Hukum Riba, Jenis-Jenis Riba, Syarat Muamalat, Hukum Wakaf, Hukum Wasiat.


    9. Pengurusan Jenazah
    Perbincangan bermula dari Adab Menziarahi Orang Sakit, Mengenali Tanda Kematian, Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Jenazah, Adab Menziarahi Kematian/Jenazah, Adab Memandi Dan Mengkafankan Jenazah, Cara-Cara Memandikan Jenazah, Cara Mengkafankan Jenazah, Solat Jenazah, Pengebumian Jenazah.


    10. Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam
    Membincangkan secara terperinci tentang hukum-hukum jenayah dalam Islam seperti Hukum HUDUD, QISAS, DIYAT dan TA'ZIR



    Tempoh Pengajian


    Pelajar-pelajar yang mengikuti Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini akan mula mempelajari dari MODUL 1 sehinggalah MODUL 17. Setiap sesi pengajian berlangsung selama 1 JAM. Kelas diadakan samada 1atau 2 KALI SEMINGGU bergantung pada pakej pengajian.

    Anggaran untuk menamatkan kesemua 17 Modul mengambil masa lebih kurang 6 - 8 bulan, InshaAllah.



    PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
    +6 011-28935719 
    (ADMIN) ATAU:

    Kelas fardhu ain dewasa online



    Jadual Hari Dan Waktu Pengajian

    Pada masa ini, kelas pengajian yang sedang berlangsung adalah seperti berikut:


    ISNIN & SELASA: 

    Kumpulan 1: 8:00 - 9:00 Malam

    Kumpulan 2: 9:00 - 10:00 Malam


    RABU & KHAMIS

    Kumpulan 3: 8:00 - 9:00 Malam

    Kumpulan 4: 9:00 - 10:00 Malam


    **Setiap pelajar yang baru mendaftar, akan mengikuti kelas permulaan bermula MODUL 1 secara personal teaching, sebelum dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada berdasarkan tajuk dan silibus semasa. Hari dan waktu boleh dibincangkan kemudian mengikut kelapangan masa masing-masing.



    Yuran Pengajian


    Yuran pengajian kelas asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online adalah berdasarkan kepada beberapa pakej yang ditawarkan iaitu PAKEJ A, PAKEJ B, dan PAKEJ C


    PAKEJ A

    Kelas fardhu ain dewasa online


    PAKEJ B
    Kelas fardhu ain dewasa online


    PAKEJ C
    Kelas fardhu ain dewasa online

    PAKEJ C: Belajar secara personal 1-to-1 bermula dari MODUL 1 sehingga tamat MODUL 17




    Google Meet

    Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini dikendalikan sepenuhnya 100% secara online menggunakan Google Meet. Setiap pelajar yang mendaftar akan diberikan link untuk ikuti kelas sebelum kelas bermula.

    Kelas fardhu ain dewasa online

    Soalan Ulangkaji, Transkrip Akademik Dan Sijil Tamat Pengajian


    Sepanjang tempoh pengajian kelas asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini, pelajar-pelajar akan diberikan set Soalan-Soalan Ulangkaji bagi membantu menambahkan kefahaman dan apa yang dipelajari akan sentiasa terus diingati. 

    Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian sepenuhnya akan diberikan Transkrip Akademik beserta Sijil Tamat Pengajian (Certificate Of Programme Completion) yang akan diposkan ke rumah masing-masing.



    Pendaftaran


    Sebarang PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, anda BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
    +6 011-28935719 
    (ADMIN) ATAU:

    Kelas fardhu ain dewasa online

    Borang pendaftaran kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online akan diberikan melalui Whatsapp. Dialu-alukan untuk mendaftar dan selamat belajar. InshaAllah kita akan bertemu pada kelas yang pertama nanti.

    Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun





    Kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online akan dibimbing dan dikendalikan sepenuhnya oleh Ust Hisham Mohamad
    Kelas fardhu ain dewasa online



      Amalan Doa Langsai Hutang

      doa untuk langsaikan hutang


      Ada sesetengah di kalangan kita sedang berada dalam keadaan yang merungsingkan, apabila memikirkan tentang hutang yang banyak. Dia sedaya upaya mencari jalan, bagaimana untuk melangsaikan segala hutang-hutangnya itu.


      Sesuatu yang perlu kita sentiasa beringat apabila berhutang ialah jiwa seorang Mukmin itu tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

      Salah satu usaha dan ikhtiar untuk melangsaikan hutang-hutang ialah dengan mengangkat tangan berdoa sebagai tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT. Ketika seseorang itu tersepit atau terdesak, maka berdoalah kepada Allah, kerana itulah antara waktu yang mustajab untuk berdoa.


      Ini adalah doa yang boleh diamalkan bagi membebaskan segala hutang piutang kita. Dibaca setiap kali sebelum tidur malam dalam keadaan berbaring sebelah kanan. Doa langsai hutang ini dipetik daripada hadith Sahih Muslim 2713. Ini bermakna Rasulullah SAW yang mengajarkan kita doa ini.


      Selamat beramal, semoga dipermudahkan dan diringankan bebanan segala hutang piutang.



      Al faqir ilallah;

      Hisham Mohamad

      DOA LANGSAI HUTANG

      by on 02 October
      Amalan Doa Langsai Hutang Ada sesetengah di kalangan kita sedang berada dalam keadaan yang merungsingkan, apabila memikirkan tentang hutang ...

      Suatu hari, seorang ayah yang kaya membawa anaknya melawat sebuah kampung yang penduduknya bekerja sebagai petani. Ayah itu mahu menunjukkan kepada anaknya bagaimana kehidupan orang miskin.


      Mereka menghabiskan seharian di sebuah rumah petani yang nampak sederhana. Apabila pulang, sang ayah bertanya, "Bagaimana perjalanan tadi?"


      Anaknya menjawab, "Sungguh luar biasa, pa."


      Ayah bertanya lagi, "Kamu nampak kan kehidupan orang miskin?"


      "Iya, pa," jawab anaknya.


      "Jadi, apa yang kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi.


      Si anak berkata, "Kita ada seekor haiwan peliharaan, tapi mereka ada empat. Kita ada kolam kecil, tapi mereka ada sungai yang panjang. Kita guna lampu buatan, tapi mereka ada bintang-bintang di langit untuk menerangi malam. Rumah kita besar, tapi tanah mereka luas sampai ke horizon. Kita ada pelayan, tapi mereka buat semuanya sendiri. Kita beli makanan, tapi mereka tanam sendiri. Kita ada dinding yang tinggi untuk melindungi diri, tapi mereka ada kawan-kawan untuk menjaga satu sama lain."


      Mendengar hal ini, si ayah terdiam.


      Kemudian anaknya berkata lagi, "terima kasih, pa. Sekarang saya sedar, sebenarnya kitalah yang miskin."



      MORAL:
      Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada pada kita. 




      **Terima kasih kepada penulis asal kisah ini.

      Betapa Miskinnya Kita

      by on 26 September
      Suatu hari, seorang ayah yang kaya membawa anaknya melawat sebuah kampung yang penduduknya bekerja sebagai petani. Ayah itu mahu menunjukkan...

       Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:275-276:


      “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni Neraka; mereka kekal di dalamnya."(275) 


      "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (276) 


      Akhir zaman ini, rata-rata umat Islam sudah tidak lagi mengenali RIBA. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Apa yang seharusnya kita lakukan ialah perlu belajar mengenali dan memahami RIBA. Seterusnya memastikan segala urusan kehidupan kita samada transaksi kewangan, perniagaan, simpanan wang, pelaburan, pinjaman, penjualan atau pembelian kesemuanya mestilah bebas daripada RIBA. 


      Antara salah satu sebab mengapa seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka ialah kerana terlibat dengan RIBA. 


      Mencari yang HALAL itu adalah fardhu bagi setiap Muslim.





      Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
      Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun

      JAUHI RIBA!

      by on 13 December
       Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:275-276: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdir...

       Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:168;

      “Hai sekalian manusia, MAKANLAH yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (2:168)


      Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim mestilah memastikan setiap makanan yang kita makan adalah Halal dan thoiyyiban iaitu sihat dan tidak memudaratkan tubuh badan. 


      Seseorang yang terlibat dengan pemakanan yang tidak Halal, maka akan hilanglah sifat malu dari dalam dirinya dan doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.




      Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
      Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 

      MAKANAN HALALAN THOIYYIBAN

      by on 12 December
       Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah 2:168; “Hai sekalian manusia, MAKANLAH yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan ...