Apa Yang Bakal Dipelajari?
Kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam ibadah yang wajib bagi seorang Muslim dan Muslimah. Ditambah juga dengan ilmu asas fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan, di samping perbincangan permasalahan dan persoalan-persoalan semasa yang berkaitan.
Sesi pengajian akan berlangsung secara santai dan tidak terlalu formal. Para pelajar diberi ruang untuk bersoal jawab sepanjang tempoh belajar, di samping dikaitkan juga dengan isu-isu semasa. Konsep kami, 'belajar sehingga faham'. Apabila kita faham kaedahnya, maka mudah untuk kita mengingatinya dan beramal.
Buku rujukan utama yang digunakan dalam kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini ialah buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - (Almarhum Dato' Ismail Kamus | Mohd. Azrul Azlen) sepanjang tempoh pengajian beserta 17 MODUL. Pihak kami hanya menyediakan Modul 1 - 17 dalam bentuk PDF. InshaaAllah pengajian secara santai dan tersusun.
Buku: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT, boleh beli di sini:
Tajuk-tajuk
yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian berdasarkan buku dan modul, antaranya adalah seperti
berikut:
1. Pengantar Syariah
Membincangkan pengenalan tentang mazhab-mazhab bagi ahlussunnah wal jamaah,
Sumber Hukum Syariat, Hukum-Hukum Syariat dan Maqasid Syariah.
2. Asas Aqidah Islamiah
Mengenal Allah dan Rasul serta perbincangan tentang Rukun Iman secara lebih
terperinci.
3. Syariat Berkaitan
Remaja
Kewajipan Menutup Aurat, Asas Ilmu Akhlak (tasauf)
4. Asas Ilmu Fardhu 'Ain
- Perbahasan tentang bab Bersuci (taharah)
- Pembahagian Air
- Pembahagian Najis
- Istinjak
- Jenis Darah Wanita - Haid, Nifas dan Istihadhah
- Mandi Wajib dan Sunat
- Tayammum
- Wudhu'
- Bab Solat - Syarat Sah Solat, Rukun Solat, Perkara Sunat Dalam Solat, Solat
Bagi Orang Sakit
- Azan dan Iqamat
- Sujud Sahwi
- Sujud Tilawah
- Solat Berjemaah - Susunan Imam dan Makmum, Syarat Sah Mengikut Imam, Masbuk dan Muafik
- Solat Jumaat
- Solat Jama' dan Qasar
- Solat-Solat Sunat
- Teknik Khusyu' Dalam Solat
- Doa - Adab-Adab dan Sifat Berdoa, Syarat Doa Makbul, Waktu Yang Baik Untuk
Berdoa, Waktu Mustajab Doa, Tempat Mustajab Doa, Sebab-Sebab Doa Ditolak
- Kewajipan Puasa
- Kewajipan Zakat - Zakat Fitrah (Badaniyyah) dan Zakat
Harta (Maliyyah)
- Asas Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah
- Asas Sembelihan Dalam Islam
- Ibadah Korban
5. Bab Munakahat (Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam)
Membincangkan tentang hukum hakam dalam perkahwinan, Dasar Pemilihan Isteri,
Dasar Pemilihan Suami, Pertunangan, Rukun Nikah, Tanggungjawab Suami,
Tanggungjawab Isteri, Poligami, Talak (Perceraian),
Jenis-Jenis Talak, 'Iddah, Hukum Talak, Rujuk, Cara Untuk
Membubarkan Perkahwinan
6. Syariat Kelahiran
Membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan menyambut kelahiran
bayi, Tahnik, Panduan Memberikan Nama Yang Baik, Pengurusan
Uri, Aqiqah dan Bercukur Rambut, Berkhitan
7. Syariat Dalam
Bermasyarakat
Membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan dalam
masyarakat seperti Adab Bersahabat, Adab Berjiran, Adab Memberi Salam Dan
Bertanya Khabar.
8. Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)
Membincangkan tentang urusan jual beli dalam Islam samada dibenarkan atau
dilarang. Mengenali Pelbagai Jenis Akad Jual Beli, Rukun Jual Beli, Jual beli
Yang Dilarang Dan Tidak Sah, Hukum Riba, Jenis-Jenis Riba, Syarat Muamalat,
Hukum Wakaf, Hukum Wasiat.
9. Pengurusan Jenazah
Perbincangan bermula dari
Adab Menziarahi Orang Sakit, Mengenali Tanda Kematian, Perkara Yang Perlu
Dilakukan Kepada Jenazah, Adab Menziarahi Kematian/Jenazah, Adab Memandi Dan
Mengkafankan Jenazah, Cara-Cara Memandikan Jenazah, Cara Mengkafankan Jenazah,
Solat Jenazah, Pengebumian Jenazah.
10. Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam
Membincangkan secara
terperinci tentang hukum-hukum jenayah dalam Islam seperti Hukum HUDUD,
QISAS, DIYAT dan TA'ZIR
Tempoh Pengajian
Pelajar-pelajar yang mengikuti Kelas
Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini akan mula mempelajari dari MODUL 1
sehinggalah MODUL 17. Setiap sesi pengajian berlangsung selama 1 JAM. Kelas diadakan samada 1atau 2 KALI SEMINGGU bergantung pada pakej pengajian.
Anggaran untuk menamatkan kesemua 17
Modul mengambil masa lebih kurang 6 - 8 bulan, InshaAllah.
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
+6 011-28935719 (ADMIN) ATAU:
Jadual Hari Dan Waktu Pengajian
Pada masa ini, kelas pengajian yang
sedang berlangsung adalah seperti berikut:
ISNIN & SELASA:
Kumpulan 1: 8:00 - 9:00 Malam
Kumpulan 2: 9:00 - 10:00 Malam
RABU & KHAMIS
Kumpulan 3: 8:00 - 9:00 Malam
Kumpulan 4: 9:00 - 10:00 Malam
**Setiap pelajar yang baru mendaftar,
akan mengikuti kelas permulaan bermula MODUL 1 secara personal teaching, sebelum
dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada berdasarkan tajuk dan silibus semasa. Hari
dan waktu boleh dibincangkan kemudian mengikut kelapangan masa masing-masing.
Yuran Pengajian
Yuran pengajian kelas asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online adalah berdasarkan kepada beberapa pakej yang ditawarkan iaitu PAKEJ A, PAKEJ B, dan PAKEJ C
PAKEJ A
PAKEJ B
PAKEJ C
PAKEJ C: Belajar secara personal 1-to-1 bermula dari MODUL 1 sehingga tamat MODUL 17
Google Meet
Kelas Pengajian Asas Fiqh
& Fardhu 'Ain dewasa online ini dikendalikan sepenuhnya 100% secara online menggunakan Google Meet. Setiap pelajar yang mendaftar akan diberikan link untuk
ikuti kelas sebelum kelas bermula.
Soalan Ulangkaji, Transkrip Akademik Dan Sijil Tamat Pengajian
Sepanjang tempoh pengajian kelas asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini,
pelajar-pelajar akan diberikan set Soalan-Soalan Ulangkaji bagi membantu
menambahkan kefahaman dan apa yang dipelajari akan sentiasa terus
diingati.
Bagi pelajar yang telah
menamatkan pengajian sepenuhnya akan diberikan Transkrip Akademik beserta Sijil
Tamat Pengajian (Certificate Of Programme Completion) yang
akan diposkan ke rumah masing-masing.
Pendaftaran
Sebarang PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, anda BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
+6 011-28935719 (ADMIN) ATAU:
Borang pendaftaran kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online akan diberikan melalui Whatsapp. Dialu-alukan untuk mendaftar dan selamat belajar. InshaAllah kita akan bertemu pada kelas yang pertama nanti.
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun
Kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online akan dibimbing dan dikendalikan sepenuhnya oleh Ust Hisham Mohamad