Hafal Sifir

Panduan Ajar Anak Hafal Sifir

RM30.00

eBook Hafal Sifir ini adalah untuk membantu anak-anak, termasuk yang slow learner, kuasai sifir dengan teknik mudah, langkah demi langkah. Sesuai digunakan ibu bapa dan guru di rumah atau sekolah. Pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan.

Dapatkan di Sini
Rahsia Bisnes Tudung

Rahsia Bisnes Tudung

RM80.00

eBook yang membantu untuk memulakan perniagaan tudung dari rumah dengan panduan lengkap yang terbukti berkesan. Belajar strategi membina bisnes sendiri tanpa perlu membuka premis, sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan secara konsisten.

Dapatkan di Sini
Rahsia V.A

Rahsia Virtual Assistant (V.A)

RM80.00

eBook ini membongkar rahsia menjadi Virtual Assistant (VA) dari rumah, sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan sehingga 4 angka sebulan. Dikongsikan oleh Puan Rita Othman, ia menawarkan panduan langkah demi langkah untuk memulakan kerjaya VA dengan fleksibel dan profesional.

Dapatkan di Sini
Duit Canva

Duit Canva

RM27.00

eBook ini menerangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan hanya dengan menggunakan Canva untuk mencipta produk digital seperti ebook, planner, template dan grafik sehinggalah dapat menjualnya secara online. Sesuai untuk suri rumah, pelajar atau sesiapa yang kreatif dan ingin mula bisnes dari rumah tanpa perlu kemahiran teknikal yang rumit.

Dapatkan di Sini
Settle PTPTN

Settle PTPTN

RM20.00

Masih terbeban dengan hutang PTPTN? eBook ini membongkar strategi dan langkah praktikal untuk membantu anda menyelesaikan pinjaman pendidikan dengan lebih mudah dan berkesan, walaupun tanpa keputusan kelas pertama.

Dapatkan di Sini

Pelbagai eBook (1)

by on 08 May
  Panduan Ajar Anak Hafal Sifir RM30.00 eBook Hafal Sifir ini adalah untuk membantu anak-anak, termasuk yang...
Kulit buku "Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah" karya Bushra Binti Talib. Buku Islamik bestseller dengan fakta menarik, tadabbur surah dan kupasan makna nama-nama surah Al-Quran.
buku "Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah" karya Bushra Binti Talib. Buku Islamik bestseller dengan fakta menarik, tadabbur surah dan kupasan makna nama-nama surah Al-Quran.

buku "Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah" karya Bushra Binti Talib. Buku Islamik bestseller dengan fakta menarik, tadabbur surah dan kupasan makna nama-nama surah Al-Quran.

Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah: Menyelami Makna Tersirat dalam Al-Quran

Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah merupakan karya istimewa oleh Bushra Binti Talib yang membawa pembaca menyelami kisah dan makna di sebalik setiap nama surah dalam Al-Quran. Buku ini bukan sekadar bacaan, tetapi panduan tadabbur yang menyentuh hati dan minda.


Sinopsis Buku

Buku setebal 243 muka surat ini menghimpunkan kisah, fakta sejarah, sains, hadis, dan doa yang berkaitan dengan setiap surah. Disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami, ia sesuai untuk semua peringkat usia, termasuk mereka yang baru mula mendalami Al-Quran.

Keistimewaan Buku

  • Pendekatan Mesra Pembaca - Bahasa yang santai dan mudah difahami.
  • Infografik Berwarna – Pembelajaran jadi lebih interaktif dan menarik.
  • Kupasan Mendalam – Merangkumi makna nama surah, latar belakang dan pengajaran.
  • Sesuai untuk Tadabbur – Boleh dijadikan rujukan untuk kelas atau pembacaan sendiri.


Testimoni dan Sokongan

Buku ini mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama seperti Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, serta Ustaz Adnin Roslan yang mengiktiraf usaha penulis dalam mengajak masyarakat mendekati Al-Quran dengan pendekatan yang lembut dan mesra.


Kesimpulan

Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah adalah buku yang sangat wajar dimiliki oleh setiap Muslim yang ingin memahami dan mentadabbur Al-Quran secara lebih mendalam. Dengan gaya penyampaian yang mudah dan berilustrasi, buku ini boleh dijadikan teman setia dalam perjalanan spiritual kita.


📘 Dapatkan buku ini di Bookcafe:

 

Saling Menyayangi Sesama Manusia

Dalam sebuah hadis ada menyatakan:

hadis sayangi sesama manusia

Dari Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: 

"Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia."

~ Riwayat Bukhari, No: 6828 | Hadis Sahih ~


Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kasih sayang sesama manusia bukan sekadar nilai moral, tetapi merupakan satu tuntutan agama. Hadis Nabi Muhammad SAW ini memberi peringatan yang jelas bahawa rahmat Allah terikat dengan sejauh mana kita menyayangi orang lain.


Kenapa Kasih Sayang Itu Penting dalam Islam?

Islam ialah agama rahmat. Setiap ajaran dan suruhan dalam Islam membawa mesej kasih sayang dan keadilan. Menyayangi manusia tidak kira bangsa, agama, atau latar belakang adalah tanda hati yang bersih dan jiwa yang dekat dengan Allah.

Allah SWT meletakkan sifat kasih sebagai asas kepada hubungan sesama insan. Bahkan, kasih sayang tidak terhad kepada ahli keluarga atau sahabat, tetapi merangkumi sesiapa sahaja termasuk yang berbeza agama dan pandangan.

“Memberi hak seadilnya kepada orang yang bersama dengan kita, mahupun yang tidak bersama kita.”


Kesan Tidak Menyayangi Sesama Manusia

Tanpa kasih sayang, masyarakat akan menjadi kasar, bersikap zalim, menindas, berbunuh-bunuhan, mementingkan diri, dan kehilangan arah. Lebih malang, individu yang tidak mengasihi orang lain sebenarnya sedang menjauhkan diri daripada kasih sayang Allah.


Bayangkan, kita sibuk mengejar kasih makhluk, tetapi kita lupa bahawa kasih Allah hanya hadir apabila kita mula menyayangi orang lain.


Bagaimana Nak Menjadi Insan Penyayang?

  • 🤝 Bersikap adil dan baik kepada semua, walaupun berbeza latar belakang
  • 🗣️ Jaga lisan, jangan mengumpat atau menyakiti, sekurang-kurangnya dengan senyuman
  • 🎁 Ringankan tangan saling bantu-membantu
  • 📿 Doakan kebaikan untuk orang lain tanpa pengetahuan mereka


Penutup: Mahu Allah Sayang Kita? Sayangilah Manusia

Setiap langkah kebaikan, kata-kata yang lembut, memudahkan orang lain dan apa-apa bantuan walaupun kecil, semua itu adalah benih kasih sayang yang akan membuahkan rahmat dari Allah.


Jangan kedekut kasih sayang. Mungkin senyuman atau bantuan kecil kita hari ini menjadi sebab Allah menurunkan rahmatNya kepada kita esok.

 

"Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya."


Oleh:

Akhukum fillah

Ust Hisham Mohamad




 

dosa memulakan celaan

Pernah tak kita terlepas cakap bila tengah marah? Kadang-kadang mulut atau lidah ni boleh jadi 'tajam' sangat bila emosi menguasai diri. Tapi dalam Islam, kita diajar untuk jaga lisan, jangan mudah mencela atau menghina orang lain, walau macam mana marah sekalipun.


Dalam sebuah hadis ada menyatakan,

Hadis dosa memulakan celaan

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Dua orang yang saling mencela, maka dosanya atas orang yang memulainya terlebih dahulu selama yang dizalimi tidak membalasnya."
(Hadis Riwayat Ahmad No: 6907) – Hadis Sahih


Hadis ni sangat jelas. Kalau dua orang saling maki hamun atau mencela, dosa yang utama adalah jatuh atas orang yang memulakan dulu selagi yang kena tu tak membalas balik.


Jangan Jadi Punca Dosa

Kadang-kadang kita fikir, “Ala dia pun sama, dia pun balas aku balik.” Tapi sebenarnya, kalau orang tu tak balas pun, dosa tetap kita yang tanggung kalau kita mulakan.


Itu sebab Islam sangat tekankan adab dan akhlak. Lisan yang tajam boleh menyakitkan lebih dari senjata, dan yang paling malang, ia boleh menyebabkan kita kumpul dosa tanpa sedar.


Sabar Itu Power!

Kalau kita mampu tahan diri daripada membalas hinaan, kita dapat pahala. Bayangkan, orang hina kita, kita diam je, Allah kira sabar tu sebagai satu ganjaran besar. Hebat kan?

Memang bukan mudah nak tahan, tapi orang yang paling kuat bukan yang pandai berlawan, tapi yang boleh kawal marah dan sabar.


Mulut Kita, Tanggungjawab Kita

Jom sama-sama kita usaha untuk:

  • Jaga lidah bila marah
  • Jangan mudah balas bila kena hina
  • Banyakkan doa supaya Allah lembutkan hati kita
  • Belajar untuk maafkan, bukan simpan dendam


Akhir Kata

Tak rugi pun kalau kita berdiam dan bersabar. Akan tetapi, yang rugi, bila kita jadi penyumbang dosa kepada diri sendiri dan orang lain. Jaga lisan, InshaAllah hati pun akan jadi lebih tenang.


Kalau rasa artikel ni bermanfaat, kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan ya. Moga kita semua dapat peringatan yang baik hari ni.


Oleh:

 Akhukum fillah,

 Hisham Mohamad

 

Rahsia Bisnes Tudung dari Rumah

📘 Ulasan eBook: Rahsia Bisnes Tudung oleh Madihah Mustafha

Dalam dunia yang semakin mencabar ni, ramai yang mula mencari cara jana pendapatan dari rumah. Salah satu peluang terbaik yang makin popular di kalangan wanita Muslimah ialah bisnes tudung. Tapi, macam mana nak mula? Apa yang perlu dibuat? Jangan risau, eBook Rahsia Bisnes Tudung ada jawapannya!


💼 Kenapa Anda Patut Baca eBook Ini?

Ebook ni bukan sekadar teori. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar Madihah Mustafha, seorang usahawan wanita yang berjaya mulakan bisnes tudung dengan modal RM600 sahaja, dan kini berjaya menjana pendapatan sehingga RM15,000 sebulan, semuanya dari rumah!


📚 Apa Kandungan Utama?

eBook Rahsia Bisnes Tudung ini mengandungi 2 buah ebook:


1. Pengalaman: Bagaimana Saya Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan

Penulis kongsikan:

  • Kisah beliau mula dari bawah
  • Cara hadapi cabaran tanpa premis
  • Strategi naikkan jualan dengan modal kecil


2. Panduan Menghasilkan Tudung Jenama Sendiri

Antara ilmu penting yang anda akan dapat:

  • Macam mana pilih pembekal tudung
  • Cara cari pelanggan pertama - belajar menjual
  • Teknik promosi dan pemasaran online
  • Tips elak rugi & pengurusan stok


🎁 Bonus Tambahan Yang Bernilai!

Dengan pembelian eBook ni, anda juga akan dapat:

✅ Produk Killer Musim Raya
✅ Tips, Nasihat & Motivasi Bisnes
✅ Dropship Tudung


💸 Pelaburan Kecil, Hasil Besar

eBook ni hanya RM80, tapi nilai ilmu dalamnya sangat tinggi. Dan kalau anda rasa tak berbaloi, ada jaminan pulangan wang 100%, jadi memang tak rugi langsung. 


✨ Penutup

Kalau anda betul-betul serius nak mulakan bisnes tudung dari rumah, Rahsia Bisnes Tudung ni adalah rujukan yang anda kena dapatkan. Ia lengkap, praktikal, dan ditulis dari hati oleh seseorang yang pernah berada di tempat yang sama.


📥 Dapatkan sekarang di: 


Kelas Pengajian Fardhu Ain Dewasa Secara Online Elmufeed

Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Dewasa Online

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu Ain dewasa secara online kini sudah beroperasi selama 14 TAHUN. Bermula secara rasmi sejak tahun 2011, kelas ini masih terus ditawarkan kepada masyarakat secara dalam talian.


Ramai yang telah menamatkan pengajian dari pelbagai negeri di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Qatar. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian.


Kenapa Anda Perlu Sertai Kelas Ini?

  • Ilmu fardhu ain adalah ilmu wajib untuk setiap Muslim dan Muslimah.
  • Membantu mengatasi kekeliruan dengan banyaknya pandangan yang berbeza di internet.
  • Benteng diri daripada ajaran sesat dan fahaman menyeleweng.
  • Sebagai bekalan sebelum bertemu Allah SWT.


Siapa Yang Sesuai Sertai?

  • Individu dewasa yang sibuk bekerja
  • Pelajar IPT
  • Pasangan suami isteri
  • Orang bujang yang sedang membuat persiapan untuk berumahtangga
  • Para muallaf
  • Sesiapa yang ingin 'refresh' ilmu fardhu 'ain


Kaedah Pengajian

Kelas dijalankan 100% secara online melalui Google Meet. Setiap sesi selama 1 jam, dengan kaedah penyampaian yang santai, interaktif dan penuh pengisian.

Google Meet Kelas Online Elmufeed


Modul Pembelajaran

Pengajian berdasarkan buku rujukan INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (Almarhum Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen) beserta 17 modul dalam bentuk PDF.

  • Pengantar Syariah & Asas Aqidah Islamiah
  • Ilmu Fardhu 'Ain (taharah, solat, zakat, puasa, haji)
  • Syariat Remaja, Munakahat (Perkahwinan dan Kekeluargaan), Syariat Kelahiran & Bermasyarakat
  • Muamalat, Pengurusan Jenazah, Jinayat Dalam Islam

Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain

Pihak kami hanya menyediakan Modul 1-17 dalam bentuk PDF. Buku Indahnya Hidup Bersyariat boleh didapati di mana-mana kedai buku atau beli di sini selagi stok masih ada.

Jadual Hari & Waktu Pengajian

Pada masa ini, kelas pengajian yang sedang berlangsung adalah seperti berikut:

Hari Kumpulan Masa
Isnin & Selasa Kumpulan 1 8:00 - 9:00 Malam
Isnin & Selasa Kumpulan 2 9:00 - 10:00 Malam
Rabu & Khamis Kumpulan 3 8:00 - 9:00 Malam
Rabu & Khamis Kumpulan 4 9:00 - 10:00 Malam

Nota: Pelajar baru akan mengikuti kelas permulaan bermula dari MODUL 1 secara personal teaching. Hari & waktu boleh dibincangkan mengikut kesesuaian masa pelajar dan tenaga pengajar.


 Yuran Pengajian

Pakej Yuran Butiran
PAKEJ A RM60 / bulan
• Kelas 1x seminggu
• 4x sebulan
• Setiap sesi 1 jam
• Platform: Google Meet
• Belajar secara berkumpulan
PAKEJ B (Promo) RM120 RM100 / bulan
• Kelas 2x seminggu
• 8x sebulan
• Setiap sesi 1 jam
• Platform: Google Meet
• Belajar secara berkumpulan
 PAKEJ C        RM300 / bulan
• Kelas 2x seminggu
• 8x sebulan
• Setiap sesi 1 jam
• Platform: Google Meet
• Belajar secara personal 1-to-1 dari MODUL 1
sehingga tamat MODUL 17


Kemudahan Lain

Pelajar juga akan menerima:
  • Modul 1-17 dalam bentuk PDF
  • Set Soalan Ulangkaji
  • Transkrip Akademik - Akan diposkan ke rumah
  • Sijil Tamat Pengajian (Certificate Of Programme Completion) - Akan diposkan ke rumah


Pendaftaran & Pertanyaan

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan & pendaftaran boleh terus hubungi:

Hotline / WhatsApp: +6 011-2893 5719 (Admin) ATAU:

kelas fardhu ain dewasa online - daftar

Borang pendaftaran akan diberikan melalui WhatsApp selepas menghubungi pihak kami. Dialu-alukan untuk mendaftar dan selamat belajar. InshaAllah kita akan bertemu pada kelas yang pertama nanti.


Kelas pengajian asas Fiqh & Fardhu Ain dewasa online akan dibimbing dan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hisham Mohamad

Kelas Fardhu Ain Dewasa Online - Ust Hisham Mohamad




Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain

Buku Indahnya Hidup Bersyariat merupakan sebuah karya Islamik yang lengkap, padat dan sangat mudah difahami. Ditulis dengan pendekatan visual dan praktikal, buku ini menjadi pilihan ramai sebagai panduan Fardu 'Ain dan kehidupan Muslim mengikut syariah.


Apa Kandungan Dalam Buku Ini?

  • Syariat sejak bayi dilahirkan
  • Fardu 'Ain untuk kanak-kanak & remaja
  • Ilmu muamalat (jual beli) & munakahat (nikah & rumah tangga)
  • Syariat dalam bermasyarakat
  • Adab-adab harian, zikir & doa lengkap


Kenapa Buku Ini Istimewa?

  • Disampaikan dalam bentuk carta, jadual dan rajah yang mudah difahami
  • Disusun mengikut langkah demi langkah (step-by-step)
  • Doa & zikir mudah dibaca dan dihafal
  • Disertakan gambar penuh warna yang sangat menarik & realistik


Siapa Patut Miliki Buku Ini?

Buku ini sesuai untuk:

  • Individu yang mahu belajar Fardu 'Ain dengan betul
  • Ibu bapa dan guru yang mendidik anak-anak ikut syariat
  • Sekolah, pusat sumber dan surau sebagai bahan rujukan


Kesimpulan

Buku Indahnya Hidup Bersyariat bukan sekadar bacaan, malah ia adalah panduan menyeluruh untuk hidup menurut ajaran Islam yang sebenar. Lengkap, mudah difahami dan sangat sesuai dimiliki oleh setiap Muslim.


'Syariat bukan menyusahkan, tapi memandu kita menuju hidup yang diberkati'



Dapatkan buku ini sekarang dan jadikan ia teman harian dalam perjalanan hidup bersyariat.

"Indahnya Hidup Bersyariat – buku Islamik panduan fardu ain"



Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
kelas fardhu ain dewasa online
Pendaftaran dibuka sepanjang tahun