Ganjaran Berganda Bagi Orang Yang Solat Berjemaah
Solat fardhu adalah merupakan suatu tuntutan yang wajib bagi setiap individu Muslim dan Muslimah. Pelaksanaan solat fardhu itu boleh dilakukan secara sendirian atau pun berjemaah. Solat berjemaah tidak hanya khusus untuk solat fardhu semata-mata, ada juga solat sunat yang boleh dilakukan secara berjemaah. Dalam artikel ini, kita akan melihat betapa besarnya ganjaran dan kelebihan bagi mereka yang mengerjakan solat secara berjemaah.
Pengertian Solat Berjemaah
Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang iaitu adanya seorang imam dan seorang makmum.
Hukum Solat Berjemaah
Menurut pendapat Imam As Syafi'i serta para ulama' mazhabnya, hukum solat berjemaah adalah fardhu kifayah. Tetapi, hukum solat Jumaat secara berjemaah adalah fardhu ain (wajib) ke atas lelaki Muslim.
Hadis Kelebihan Solat Berjemaah
"Solat yang dikerjakan secara berjemaah adalah lebih besar ganjarannya sebanyak 27 darjat berbanding solat yang dilakukan secara bersendirian."
~ Hadis Muttafaqun 'alaih | Bukhari (645) dan Muslim (650) ~
Ganjaran dan Kelebihan Solat Berjemaah
- Mendapat pahala berganda iaitu 27 darjat
Berjemaah lebih banyak pahala berbanding solat sendirian - Jemaah yang ramai mendapat lebih banyak ganjaran
Solat 3 orang lebih baik berbanding solat 2 orang, dan lebih ramai jemaah adalah lebih baik - Ganjaran yang lebih untuk makmum yang bersama-sama Imam sejak dari awal solat
Tambahan pahala bagi mereka yang sempat takbiratul ihram bersama imam - Meningkatkan disiplin hidup seorang Muslim
Melatih diri seseorang untuk menepati waktu dan mematuhi ketua - Membina hubungan yang baik sesama masyarakat
Saling berkenal-kenalan sesama jemaah mengukuhkan keharmonian
Keuzuran Solat Berjemaah
Walaupun solat berjemaah hukumnya adalah fardhu kifayah, tidaklah bermakna seseorang itu boleh sesuka hati meninggalkannya tanpa keuzuran terutama bagi orang lelaki. Terdapat beberapa keuzuran yang membolehkan seseorang itu tidak berjemaah antaranya ialah:
- Keadaan cuaca yang terlampau sejuk
- Cuaca buruk seperti hujan lebat atau ribut
- Menjaga orang sakit
- Lapar dan dahaga
- Adanya ancaman bahaya
- Sakit atau tidak sihat
- Keadaan yang terpaksa buang air kecil atau besar
Susunan Saf Ketika Solat Berjemaah
- Makmum setapak di belakang sebelah kanan imam bagi solat 2 orang lelaki
- Makmum perempuan hendaklah berdiri di belakang imam lelaki
- Kanak-kanak lelaki berada di belakang lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan di hadapan perempuan dewasa
Kesimpulan
Terlalu banyak manfaat, kelebihan dan ganjaran bagi mereka yang melazimkan solat berjemaah. Bukan hanya sekadar manfaat akhirat, tetapi banyak juga manfaat dunia. Solat berjemaah secara tidak langsung dapat menyatupadukan kaum Muslimin dan menguatkan jiwa seseorang. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah ini.
Kongsikan artikel ini dengan sahabat-sahabat yang lain agar lebih ramai dapat manfaat dan galakan.
Oleh:
Akhukum fillah,
Ust Hisham Mohamad
No comments:
Post a Comment