خيركم من تعلم القرآن و علمه
"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya" Hadith Nabi s.a.w.
Kitab suci Al Qur’an ialah sebuah kitab panduan untuk umat Islam sedunia. Rugilah bagi sesiapa yang tidak mencintai kitab suci ini kerana di dalamnya terkandung pelbagai kisah-kisah tauladan, hukum-hakam, panduan, peringatan serta pelbagai informasi seperti tentang kejadian alam, keadaan manusia akan datang dan sebagainya. Umumnya, Al-Qur’an ialah sebuah kitab yang mendorong manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t.
Selain mengetahui isi kandung Al-Quran, sebagai seorang muslim atau muslimah perlu mengetahui membaca ayat-ayat Allah s.w.t kerana setiap huruf yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.
Di atas inspirasi itu, ELMUFEED berusaha menanamkan minat generasi sekarang untuk mencintai kitab suci ini dengan mengadakan cara pembelajaran yang menarik. Mereka akan diajar membaca sekaligus mengetahui cerita-cerita di dalamnya, agar kitab ini dapat membantu mereka di akhirat kelak. Amin.
OBJEKTIF
1. Mengenali serta menyebut makhraj huruf dengan sempurna
2. mempelajari huku-hukum tajwid.
3. Menghayati kisah-kisah di dalam Al Qur’an.
4. Mengetahui kelebihan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w.
5. Mempraktikkan ajaran-ajaran Al Qur’an di dalam kehidupan seharian.
صلوأ كما رأيتموني أصلي
“Solatlah seperti mana aku (Rasulullah s.a.w) solat.”
Hadith Nabi s.a.w.
| Solat merupakan tiang agama, sesiapa yang merobohkannya maka dia telah merobohkan agamanya (Islam) dan barangsiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakkan agamanya (Islam). Solat merupakan perbuatan yang amat penting yang wajib dilakukan oleh seorang yang beragama Islam. |
Di atas kepentingannya, ELMUFEED tampil untuk menerangkan dan mengajar dengan cara yang menarik mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti rukun solat, perkara yang membatalkan solat, solat-solat sunat, menghayati cara bacaan dan perbuatan yang betul, mengetahui sejarah solat, dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, mereka juga akan mempelajari cara-cara solat dalam keadaan darurat seperti ketiadaan air dan bertayammum, tangan berbalut atau cedera dan sebagainya. Dengan ini mereka akan mengetahui dan menghayati cara solat yang sebenar seperti solat Rasulullah s.a.w, insyaAllah.
OBJEKTIF
1. Mempelajari dan mengetahui mengenai kedudukan solat yang sempurna.
2. Mengetahui gerakkan solat dan wudhu’ yang tertib.
3. Menghafal bacaan dalam solat dengan betul dan tepat.
4. Menghayati dan memahami setiap makna bacaan dalam solat.
5. Mengetahui waktu solat-solat sunat dengan betul
6. Menyingkap sejarah solat.
7. Mengetahui cara-cara solat dalam keadaan yang darurat.
Smart Solat
Fiqh ialah satu ilmu yang penting di dalam agama Islam bagi melengkapkan diri sebagai seorang muslim dalam beribadah kepada yang Maha Pencipta. Ilmu ini sangat luas skop perbincangannya kerana ia banyak menyentuh tentang rukun-rukun, syarat-syarat, hukum-hakam dan sebagainya. Ianya penting bagi menjalani hidup sebagai seorang muslim-professional, yang tidak mengenepikan agama di dalam pekerjaan sehariannya.
Di sini ELMUFEED akan menekankan aspek-aspek yang penting bagi menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Di antara maudhu’-maudhu’ utama yang akan dibincangkan ialah mengenai ibadah, atau Fiqh Ibadah yang merangkumi beberapa bab-bab penting seperti, thoharoh, solat, pengurusan jenazah, zakat, haji dan sebagainya. Fiqh Muamalat ialah topik di mana Islam amat menggalakkan seseorang untuk berniaga dengan berpandukan Islam. Terdapat pelbagai cara yang baik agar perniagaan itu diredhai Allah s.w.t. Fiqh Munakahat pula menyentuh tentang pentingnya berkeluarga, kerana ianya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga menyentuh soal hak suami dan isteri serta soal talaq, khuluq, iddah dan sebagainya. Fiqh Jinayat ialah ilmu yang mengenengahkan soal jenayah serta penghukuman atau dendaan mengikut Islam. Yang terakhir dan yang terpenting ialah Fiqh Wanita, di mana permasalahan wanita akan dibincangkan, ianya termasuk jenis-jenis darah, air, aurat, perhiasan serta perbezaan lelaki dan wanita di dalam beribadah dan sebagainya.
Kelima-lima jenis fiqh ini penting bagi melahirkan generasi yang berilmu serta beramal. InsyaAllah.
OBJEKTIF
- Mendedahkan kaedah-kaedah ibadah yang sebenar.
- Memahami undang-undang perkahwinan, perniagaan dan jenayah di dalam Islam.
- Mendefinisi terma-terma di dalam ilmu Fiqh.
- Memperkukuhkan keyakinan tentang hukum-hakam Islam.
- Mempraktikkan ilmu Fiqh dalam kehidupan seharian.
Fun-Tastic Fiqh
| |
Sirah ialah perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w atau cerita perkembangan Islam dan orang-orang terdahulu. Mengetahui sirah akan membuat seseorang akan lebih menghayati agama yang dianuti kerana pelbagai kisah-kisah tauladan yang boleh diambil sebagai pengajaran dan pedoman hidup. Dengan tidak secara langsung seseorang yang mengetahui sejarah Islam juga akan mencintai para Nabi yang banyak berkorban kerana agama dan juga mencintai para pejuang Islam yang lain.
Terdapat beberapa zaman yang akan diketengahkan daripada zaman jahiliyah, tahun kelahiran Nabi s.a.w hingga zaman para Khalifah dan kegemilangan Islam. Kisah-kisah para Anbiya dan tauladan juga akan didedahkan bagi dijadikan sebagai pengajaran. Kaedah pengajaran Kamishibai yang berasal daripada Jepun juga disediakan khusus untuk kanak-kanak kerana Kaedah Kamishibai & Fun Aktivities yang diubah suai oleh ELMUFEED ini sangat menarik dan kanak-kanak akan mengingati cerita tersebut.
Secara kesimpulannya, peserta yang mendalami ilmu sirah ini akan lebih mengenali dan menyukai kisah-kisah terdahulu yang boleh menjadi pedoman hidup. InsyaAllah.
OBJEKTIF
1. Mengimbau kembali zaman kegemilangan Islam secara meluas.
2. Menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
3. Mengetahui kisah-kisah tauladan seperti kisah anbiya, sahabat dan sebagainya.
4. Menyingkap pengorbanan khulafa’-khulafa’ selepas kewafatan Nabi s.a.w.
5. Meneladani sifat-sifat serta pengorbanan pahlawan-pahlawan Islam terdahulu.
Sirah Spirit
تركت فيكم أمرين، لن تضلواإن تمسكتم بهماأبداكتاب الله وسنةرسول الله
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah RasulNya"
Hadith Nabi s.a.w.
| Hadith ialah kata-kata atau perbuatan Rasulullah s.a.w. Setiap kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w sering diperhatikan dan dicatat oleh para sahabat baginda kerana ianya akan menjadi rujukan buat semua umatnya. Di dalam ilmu hadith ini juga terdapat pelbagai jenis hadith, ini kerana ada yang menerimanya secara berdepan dengan Rasul s.a.w dan ada yang menerimanya dari penyampai yang lain. |
Justeru, ELMUFEED menjelaskan jenis-jenis Hadith dan akan menyingkap sejarah para perawi Hadith. Di samping itu juga isi hadith-hadith terpilih akan diketengahkan buat rujukan dan pendoman hidup. Hadith 40 dan Sahih Bukhari dan Muslim akan diberi penekanan agar para peserta dapat menghafaz beberapa hadith penting dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
OBJEKTIF
1. Membajai rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
2. Mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
3. Membezakan jenis-jenis hadith seperti hadith sohih, dhoif, masyhur dan sebagainya.
4. Mengetahui latarbelakang para Muhaddisthin.
5. Menghafaz hadith-hadith yang terpilih dan sohih.
Fabulous Hadith
Ibn Haytham
OBJEKTIF
1. Mengenali tokoh-tokoh Ilmuan Islam di zaman lampau.
2. Mengetahui kehebatan serta kepakaran ilmuan-ilmuan Islam.
3. Menjadikan para tokoh-tokoh Islam sebagai role model.
4. Menyedari serta membezakan tokoh-tokon Islam dan Barat.
5. Mewujudkan rasa cinta terhadap keajaiban agama Islam.
Great Islamic Scholars
Ramai yang mengetahui bahasa Arab adalah bahasa Al-Qur’an. Memperkasakan bahasa ini adalah suatu perkara yang penting bagi melengkapi kehidupan sebagai seorang muslim, tetapi ramai yang menganggap bahasa ini sukar untuk dipelajari.
Belajar secara bermain dan berseronok akan diketengahkan agar para peserta tidak rasa bosan untuk mempelajarinya. Pelbagai aktiviti dan kursus juga ditawarkan bagi memantapkan lagi bahasa syurga ini. Pelbagai sudut akan di sentuh, dari segi nahu (grammar), perkataan-perkataan baru (vocabulary), karangan, pemahaman, komunikasi dan sebagainya. Dengan ini ianya dapat membangkitkan semangat cintakan bahasa Arab yang kian luput dek zaman di kalangan kehidupan masyarakat moden.
OBJEKTIF
1. Mempelajari penggunaan bahasa Al-Qur’an dengan betul
2. Menghafaz perkataan-perkataan dengan baik
3. Bertutur dalam bahasa Arab dengan teratur dan penggunaan yang betul.
4. Menganalisa keratan-keratan akhbar, majalah dan media.
5. Memupuk semangat cintakan bahasa syurga di kalangan peserta.
Arab Master
Masyarakat sekarang perlu peka tentang isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. Dengan mengetahui isu-isu semasa ini, kita telah melangkah sutu tapak kehadapan menuju kemajuan hidup. Isu semasa bukanlah satu aspek yang remeh kerana pelbagai masalah yang dihadapi dunia masa kini seperti masalah ekonomi, agama, syakhsiah, bencana alam dan sebagainya. Di sini ELMUFEED akan mengupas topik-topik yang melanda masyarakat terutama masyarakat Islam. Di antara aspek yang akan diketengahkan ialah masalah keruntuhan akhlak, keraguan dalam hukum hakam terutama dalam kehidupan masa kini, masalah bencana alam dan ekonomi serta apa hubungannya dengan kita dan sebagainya. Perkara sedemikian penting kerana kita hidup dalam zaman globalisasi dunia tanpa sempadan yang penuh dengan mehnah dan cabaran. Ianya adalah bekalan kita demi mempertahankan maruah diri dan agama. Dengan ini peserta akan lebih berpegang teguh pada agama Islam. InsyaAllah. OBJEKTIF
|
Current Issue Attack
| |
Dewasa kini, anak-anak banyak terdedah dan terpengaruh dengan pelbagai anasir-anasir luar yang negatif. Terdapat sebilangan besar kes-kes yang melibatkan kaum wanita terutama remaja perempuan. Dalam usia meningkat dewasa, remaja akan terpengaruh dengan gejala sosial dan menghadapi pelbagai cabaran. Dengan itu, isu-isu sebegini perlu diambil berat agar golongan ini tidak tersasar jauh.
Di atas kesedaran ini, ELMUFEED menawarkan program ini khas untuk pelajar perempuan yang meningkat remaja serta remaja yang meningkat dewasa. ELMUFEED akan menyentuh pelbagai aspek wanita seperti isu-isu terkini, masalah-masalah wanita, baligh (puberty), aurat, hubungan di antara lelaki dan perempuan (BGR), seks dan sebagainya. ELMUFEED juga akan mengenengahkan tokoh-tokoh muslimah yang boleh diambil sebagai ‘role model’. Dengan ini peserta akan mengetahui cara terbaik untuk mempertahankan diri, maruah dan agama dan menjadi muslimah solehah. InsyaAllah.
OBJEKTIF
1. Mendalami masalah-masalah wanita yang dihadapi pada masa kini.
2. mempelajari batasan hubungan di antara lelaki dan perempuan dalam konteks Islam.
3. Mengetahui kekuatan wanita serta meneladani tokoh wanita Islam.
4. Membezakan hukum-hukum sebelum dan selepas baligh.
5. Melahirkan wanita yang peka pada agama serta menjaga maruah diri.
Girls Fighter
| K |
OBJEKTIF
1. Mempelajari serta mengaplikasikan jenis-jenis Khat dengan baik
2. Melakarkan tulisan Khat di atas pelbagai alat dengan kreatif.
3. Mencantikkan perhiasan dengan menggunakan tulisan Khat.
4. Mengetahui asal usul Khat Arab.
5. Menjiwai setiap kata-kata atau ayat yang ditulis.





