Fabulous Hadith
تركت فيكم أمرين، لن تضلواإن تمسكتم بهماأبداكتاب الله وسنةرسول الله
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah RasulNya"
Hadith Nabi s.a.w.
Hadith ialah kata-kata atau perbuatan Rasulullah s.a.w. Setiap kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w sering diperhatikan dan dicatat oleh para sahabat baginda kerana ianya akan menjadi rujukan buat semua umatnya. Di dalam ilmu hadith ini juga terdapat pelbagai jenis hadith, ini kerana ada yang menerimanya secara berdepan dengan Rasul s.a.w dan ada yang menerimanya dari penyampai yang lain. |
Justeru, ELMUFEED menjelaskan jenis-jenis Hadith dan akan menyingkap sejarah para perawi Hadith. Di samping itu juga isi hadith-hadith terpilih akan diketengahkan buat rujukan dan pendoman hidup. Hadith 40 dan Sahih Bukhari dan Muslim akan diberi penekanan agar para peserta dapat menghafaz beberapa hadith penting dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
OBJEKTIF
1. Membajai rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
2. Mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
3. Membezakan jenis-jenis hadith seperti hadith sohih, dhoif, masyhur dan sebagainya.
4. Mengetahui latarbelakang para Muhaddisthin.
5. Menghafaz hadith-hadith yang terpilih dan sohih.
No comments:
Post a Comment