Kelas Pengajian Secara Online
Pihak ELMUFEED berbesar hati meneruskan lagi kelas pengajian secara online iaitu KELAS PENGAJIAN ASAS FIQH & FARDHU 'AIN yang berlangsung sejak tahun 2011 hingga kini. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian.
Kelas pengajian secara online ini amat sesuai kepada mereka yang mempunyai masa yang amat terbatas dan tidak berkesempatan atau berpeluang untuk mengikuti pengajian di tempat-tempat lain. PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN.
Kenapa Mesti Mempelajari Ilmu Asas Fiqh & Fardhu 'Ain?
Kelas pengajian ini melibatkan pembelajaran asas-asas Fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian dan pada masa yang sama menekankan pada perkara-perkara asas yang menjadi kewajipan kepada seorang Muslim dan Muslimah iaitu ilmu fardhu 'ain termasuk asas aqidah Islamiah dan tasauf.
Sesi pengajian akan berlangsung secara santai dan tidak terlalu formal. Para pelajar diberi ruang untuk bersoal jawab sepanjang tempoh belajar, di samping dikaitkan juga dengan isu-isu semasa. Konsep kami, 'belajar sehingga faham'.
Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini menggunakan buku rujukan INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - (Almarhum Dato' Ismail Kamus | Mohd. Azrul Azlen) sepanjang tempoh pengajian beserta 17 MODUL. Pihak kami hanya menyediakan Modul 1 - 17 dalam bentuk PDF.
Tajuk-tajuk yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian, antaranya adalah seperti berikut:
1. Pengantar Syariah
2. Asas Aqidah Islamiah
3. Syariat Berkaitan Remaja
4. Asas Ilmu Fardhu 'Ain (Bersuci, Wudhu', Solat, Jamak & Qasar, Puasa)
5. Kewajipan Zakat
6. Bab Munakahat (Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam)
7. Syariat Kelahiran
8. Asas Pelaksanaan Ibadah Haji Dan Umrah
9. Syariat Dalam Bermasyarakat
10. Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)
11. Pengurusan Jenazah
12. Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam
(2) JADUAL HARI DAN WAKTU PENGAJIAN
Pelajar-pelajar yang mengikuti Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini akan mula mempelajari dari MODUL 1 sehinggalah MODUL 17. Setiap sesi pengajian berlangsung selama 1 JAM, 2 KALI SEMINGGU. Bermakna, SEBULAN 8 KALI KELAS.
Pada masa ini, kelas pengajian yang sedang berlangsung adalah seperti berikut:
**Setiap pelajar yang baru mendaftar, akan mengikuti kelas permulaan secara personal teaching, sebelum dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada berdasarkan tajuk dan silibus semasa. Hari dan waktu boleh dibincangkan kemudian mengikut kelapangan masa masing-masing.
(3) YURAN PENGAJIAN
(4) GOOGLE MEET
Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain ini dikendalikan sepenuhnya 100% secara online menggunakan Google Meet. Setiap pelajar yang mendaftar akan diberikan link untuk ikuti kelas sebelum kelas bermula.
(5) PENDAFTARAN
SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENDAFTAR, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP: +6 011-28935719 ATAU:
No comments:
Post a Comment