Introduction

Masyarakat Islam kini hanya Islam pada nama tetapi tidak pada perbuatan serta perkataan. Ketandusan pembinaan akhlak serta kepincangan institusi sesebuah keluarga adalah punca utama kelalaian terhadap agama Islam. Justeru, ELMUFEED tampil untuk memberi khidmat untuk sama-sama membina masyarakat yang bermoral, berilmu dan juga beramal.


ELMUFEED menggunakan konsep CALIPH. Ianya berpandukan kepada konsepsi Ajarlah anak-anak kamu mengikut zaman mereka. Ia adalah sebuah konsep yang menekankan dan fokus kepada keperluan sesebuah organisasi, kumpulan atau sekolah. Konsep ini juga menggunakan pendekatan We R Friends, We R Same atau komunikasi dua hala, di mana guru atau fasilitator akan membimbing peserta, dan peserta bebas mengeluarkan pendapat, pertanyaan serta masalah. Selain itu, pendekatan Learn N Play juga akan diketengahkan, di mana peserta akan terhibur dan rasa seronok ketika belajar. Di samping belajar, peserta juga akan diterapkan nilai-nilai kepimpinan, akhlak islamiah, pembinaan syakhsiah, jati diri dan sebagainya.


Selain daripada perkhidmatan latihan dan motivasi, ELMUFEED juga mengarang beberapa buah buku Islamiah seperti buku cerita para Anbiya, para sahabat, cerita-cerita tauladan serta buku mengaji Al Quran dan pembelajaran Bahasa Arab. Selain itu, ELMUFEED juga melakar permainan-kad (game card) dan permainan atas meja (board-game) yang Islamik. Kesemuanya adalah untuk memupuk generasi muda untuk cintakan serta mendalami Islam dengan cara yang mudah dan menarik.


ELMUFEED berasal daripada perkataan arab iaitu ((المفيد yang membawa maksud memberi dan menerima faedah. Penggunaan nama ELMUFEED ini bukan sahaja sesuai dengan tujuan dan matlamat penubuhan ELMUFEED malah ia mampu untuk memberi sumbangan yang amat bermanfaat untuk masyarakat dan sentiasa bersedia menerima pelbagai faedah-faedah yang baik dari pelbagai sumber bagi memantapkan lagi perjalanan urusan kerja .


Fokus utama ELMUFEED adalah program pembangunan dan latihan yang Islamik berasaskan kepada Al Quran dan As Sunnah. Ianya bertujuan melahirkan generasi yang ‘khaira ummah’ yang mampu mendepani cabaran, mehnah dan tribulasi dunia globalisasi alaf baru.

No comments:

Post a Comment