Quran Power


خيركم من تعلم القرآن و علمه

"Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya"  Hadith Nabi s.a.w.

Kitab suci Al Quran ialah sebuah kitab panduan untuk umat Islam sedunia. Rugilah bagi sesiapa yang tidak mencintai kitab suci ini kerana di dalamnya terkandung pelbagai kisah-kisah tauladan, hukum-hakam, panduan, peringatan serta pelbagai informasi seperti tentang kejadian alam, keadaan manusia akan datang dan sebagainya. Umumnya, Al-Quran ialah sebuah kitab yang mendorong manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t.

Selain mengetahui isi kandung Al-Quran, sebagai seorang muslim atau muslimah perlu mengetahui membaca ayat-ayat Allah s.w.t kerana setiap huruf yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.

Di atas inspirasi itu, ELMUFEED berusaha menanamkan minat generasi sekarang untuk mencintai kitab suci ini dengan mengadakan cara pembelajaran yang menarik. Mereka akan diajar membaca sekaligus mengetahui cerita-cerita di dalamnya, agar kitab ini dapat membantu mereka di akhirat kelak. Amin.

 

OBJEKTIF

1.    Mengenali serta menyebut makhraj huruf dengan sempurna

2.    mempelajari huku-hukum tajwid.

3.    Menghayati kisah-kisah di dalam Al Quran.

4.    Mengetahui kelebihan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w.

5.    Mempraktikkan ajaran-ajaran Al Quran di dalam kehidupan seharian.



No comments:

Post a Comment