Kisah Tuan Guru & Pramugari

Alkisah, seorang tuan guru berada di dalam sebuah kapal terbang dalam perjalanan ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, tuan guru itu segera pergi ke tandas untuk mengambil wudhu'.


Namun, ruang tandas yang terhad membuatkan beliau terpaksa membuka pintu ketika berwudhu'. Ketika beliau mengangkat kakinya ke dalam sinki, seorang pramugari ternampak dan menegurnya dengan nada keras:


"Encik tak boleh masukkan kaki ke dalam sinki! Ini tempat untuk basuh muka, bukan untuk basuh kaki!"


Tuan guru menjawab dengan lembut, "Berapa kali saudari cuci muka dalam sehari?"


Dengan lagak angkuh, pramugari itu menjawab, "2 atau 3 kali sehari! Kenapa?"


Tuan guru tersenyum dan berkata, "Saya mencuci kaki 5 kali sehari. Bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!"


Pramugari itu berasa malu dan terus beredar, meninggalkan tuan guru yang menyambung wudhu'nya dengan tenang.








Diceritakan semula secara bebas dari sumber asal: http://mohdnadri.com/2010/03/sembang-malam-jumaat-kisah-ulama-pramugari/

No comments:

Post a Comment