Kelas Fardhu Ain Dewasa Online 2024 / 2025
Kelas fardhu ain yang dikhususkan hanya untuk golongan dewasa dan pelajar IPT, dikendalikan sepenuhnya secara online. Bermula dari peringkat awal sehingga pertengahan.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kelas pengajian Asas Fiqh & Fardhu Ain dewasa online kini sudah LEBIH 12 TAHUN. Bermula secara rasmi SEJAK TAHUN 2011, sekarang masih lagi diteruskan, menawarkan pengajian kepada masyarakat secara atas talian.
Ramai yang telah TAMAT PENGAJIAN dari pelbagai negeri di MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA dan juga QATAR. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian dan selamat beramal.
Dengan hanya mempunyai smartphone atau laptop serta capaian internet, kini anda sudah boleh mengikuti kelas pengajian asas fiqh & fardhu 'ain tanpa keluar dari rumah.
Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain
Kelas pengajian ini melibatkan pembelajaran asas-asas Fiqh yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian dan pada masa yang sama menekankan pada perkara-perkara asas yang menjadi kewajipan kepada seorang Muslim dan Muslimah iaitu ilmu fardhu 'ain termasuk asas aqidah Islamiah dan tasauf.
Kenapa Mesti Mempelajari Ilmu Asas Fiqh & Fardhu 'Ain?
Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain Online Ini Sesuai Untuk Siapa?
- Orang dewasa yang sibuk bekerja, masa yang amat terbatas.
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Orang bujang yang sedang membuat persiapan untuk berumahtangga
- Suami dan isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan
- Para suami yang sedang berusaha mendidik dan membimbing ahli keluarga
- Para suri rumah yang selalu berada di rumah
- Para muallaf yang ingin menambahkan lagi kefahaman Islam
- Mereka yang ingin 'refresh' semula ilmu asas Fiqh & Fardhu 'Ain yang mungkin telah dilupai
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
+6 011-28935719 ATAU:
Apa Yang Bakal Dipelajari?
Tajuk-tajuk
yang akan dipelajari sepanjang tempoh pengajian berdasarkan buku dan modul, antaranya adalah seperti
berikut:
1. Pengantar Syariah
Membincangkan pengenalan tentang mazhab-mazhab bagi ahlussunnah wal jamaah,
Sumber Hukum Syariat, Hukum-Hukum Syariat dan Maqasid Syariah.
2. Asas Aqidah Islamiah
Mengenal Allah dan Rasul serta perbincangan tentang Rukun Iman secara lebih
terperinci.
3. Syariat Berkaitan
Remaja
Kewajipan Menutup Aurat, Asas Ilmu Akhlak (tasauf)
4. Asas Ilmu Fardhu 'Ain
- Perbahasan tentang bab Bersuci (taharah)
- Pembahagian Air
- Pembahagian Najis
- Istinjak
- Jenis Darah Wanita - Haid, Nifas dan Istihadhah
- Mandi Wajib dan Sunat
- Tayammum
- Wudhu'
- Bab Solat - Syarat Sah Solat, Rukun Solat, Perkara Sunat Dalam Solat, Solat Bagi Orang Sakit
- Azan dan Iqamat
- Sujud Sahwi
- Sujud Tilawah
- Solat Berjemaah - Susunan Imam dan Makmum, Syarat Sah Mengikut Imam, Masbuk dan Muafik
- Solat Jumaat
- Solat Jama' dan Qasar
- Solat-Solat Sunat
- Teknik Khusyu' Dalam Solat
- Doa - Adab-Adab dan Sifat Berdoa, Syarat Doa Makbul, Waktu Yang Baik Untuk Berdoa, Waktu Mustajab Doa, Tempat Mustajab Doa, Sebab-Sebab Doa Ditolak
- Kewajipan Puasa
- Kewajipan Zakat - Zakat Fitrah (Badaniyyah) dan Zakat Harta (Maliyyah)
- Asas Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah
- Asas Sembelihan Dalam Islam
- Ibadah Korban
Membincangkan tentang hukum hakam dalam perkahwinan, Dasar Pemilihan Isteri, Dasar Pemilihan Suami, Pertunangan, Rukun Nikah, Tanggungjawab Suami, Tanggungjawab Isteri, Poligami, Talak (Perceraian), Jenis-Jenis Talak, 'Iddah, Hukum Talak, Rujuk, Cara Untuk Membubarkan Perkahwinan
6. Syariat Kelahiran
Membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan menyambut kelahiran
bayi, Tahnik, Panduan Memberikan Nama Yang Baik, Pengurusan
Uri, Aqiqah dan Bercukur Rambut, Berkhitan
7. Syariat Dalam
Bermasyarakat
Membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan dalam
masyarakat seperti Adab Bersahabat, Adab Berjiran, Adab Memberi Salam Dan
Bertanya Khabar.
8. Hukum Muamalat (Jual Beli Dalam Islam)
Membincangkan tentang urusan jual beli dalam Islam samada dibenarkan atau
dilarang. Mengenali Pelbagai Jenis Akad Jual Beli, Rukun Jual Beli, Jual beli
Yang Dilarang Dan Tidak Sah, Hukum Riba, Jenis-Jenis Riba, Syarat Muamalat,
Hukum Wakaf, Hukum Wasiat.
9. Pengurusan Jenazah
Perbincangan bermula dari
Adab Menziarahi Orang Sakit, Mengenali Tanda Kematian, Perkara Yang Perlu
Dilakukan Kepada Jenazah, Adab Menziarahi Kematian/Jenazah, Adab Memandi Dan
Mengkafankan Jenazah, Cara-Cara Memandikan Jenazah, Cara Mengkafankan Jenazah,
Solat Jenazah, Pengebumian Jenazah.
10. Hukum Jinayat (Jenayah) Dalam Islam
Membincangkan secara
terperinci tentang hukum-hukum jenayah dalam Islam seperti Hukum HUDUD,
QISAS, DIYAT dan TA'ZIR
Tempoh Pengajian
Pelajar-pelajar yang mengikuti Kelas Pengajian Asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini akan mula mempelajari dari MODUL 1 sehinggalah MODUL 17. Setiap sesi pengajian berlangsung selama 1 JAM. Kelas diadakan samada 1atau 2 KALI SEMINGGU bergantung pada pakej pengajian.
Anggaran untuk menamatkan kesemua 17 Modul mengambil masa lebih kurang 6 - 8 bulan, InshaAllah.
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, BOLEH HUBUNGI HOTLINE | WHATSAPP:
+6 011-28935719 ATAU:
Pada masa ini, kelas pengajian yang
sedang berlangsung adalah seperti berikut:
ISNIN & SELASA:
Kumpulan 1: 8:00 - 9:00 Malam
Kumpulan 2: 9:00 - 10:00 Malam
RABU & KHAMIS
Kumpulan 3: 8:00 - 9:00 Malam
Kumpulan 4: 9:00 - 10:00 Malam
**Setiap pelajar yang baru mendaftar,
akan mengikuti kelas permulaan bermula MODUL 1 secara personal teaching, sebelum
dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada berdasarkan tajuk dan silibus semasa. Hari
dan waktu boleh dibincangkan kemudian mengikut kelapangan masa masing-masing.
Yuran Pengajian
Yuran pengajian kelas asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online adalah berdasarkan kepada beberapa pakej yang ditawarkan iaitu PAKEJ A, PAKEJ B, dan PAKEJ C
PAKEJ A
Soalan Ulangkaji, Transkrip Akademik Dan Sijil Tamat Pengajian
Sepanjang tempoh pengajian kelas asas Fiqh & Fardhu 'Ain dewasa online ini,
pelajar-pelajar akan diberikan set Soalan-Soalan Ulangkaji bagi membantu
menambahkan kefahaman dan apa yang dipelajari akan sentiasa terus
diingati.