hat berasal dari perkataan Arab bererti garisan. Maka seni Khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud kitabah, iaitu tulisan-tulisan yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan ini terbentuk sejak zaman Rasulullah s.a.w sendiri dan diperkembangkan oleh masyarakat Arab setempat. Dengan itu tulisan-tulisan Arab mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana ianya mengandungi nilai abstrak yang dikaitkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.
Oleh kerana seni ini sangat menarik, maka ELMUFEED akan mengenengahkan seni ini agar anak-anak muda kini minat dengan penulisan khat yang membawa faedah dan pahala. Di antara bentuk dan jenis khat Arab yang akan diajar ialah, Khat Kufi, Thuluth, Nasakh, Ijazah, Farisi, Diwani, Riq’ah dan sebagainya. Di sini ELMUFEED bukan sekadar ajar menggunakan pena dan kertas, malah ELMUFEED akan dedahkan dengan pelbagai penggunaan penulisan seperti buluh dan juga pelbagai jenis bahan untuk ditulis seperti ceramic, kain dan sebagainya. Khas buat kanak-kanak, ELMUFEED akan menggunakan kaedah ‘Fun To Write & Paint’ agar kanak-kanak ini rasa seronok untuk melakukan Khat ini.
OBJEKTIF
1. Mempelajari serta mengaplikasikan jenis-jenis Khat dengan baik
2. Melakarkan tulisan Khat di atas pelbagai alat dengan kreatif.
3. Mencantikkan perhiasan dengan menggunakan tulisan Khat.
4. Mengetahui asal usul Khat Arab.
5. Menjiwai setiap kata-kata atau ayat yang ditulis.
No comments:
Post a Comment