Fun-Tastic Fiqh


Fiqh ialah satu ilmu yang penting di dalam agama Islam bagi melengkapkan diri sebagai seorang muslim dalam beribadah kepada yang Maha Pencipta. Ilmu ini sangat luas skop perbincangannya kerana ia banyak menyentuh tentang rukun-rukun, syarat-syarat, hukum-hakam dan sebagainya. Ianya penting bagi menjalani hidup sebagai seorang muslim-professional, yang tidak mengenepikan agama di dalam pekerjaan sehariannya.            

Di sini ELMUFEED akan menekankan aspek-aspek yang penting bagi menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Di antara maudhu-maudhu utama yang akan dibincangkan ialah mengenai ibadah, atau Fiqh Ibadah yang merangkumi beberapa bab-bab penting seperti, thoharoh, solat, pengurusan jenazah, zakat, haji dan sebagainya. Fiqh Muamalat ialah topik di mana Islam amat menggalakkan seseorang untuk berniaga dengan berpandukan Islam. Terdapat pelbagai cara yang baik agar perniagaan itu diredhai Allah s.w.t. Fiqh Munakahat pula menyentuh tentang pentingnya berkeluarga, kerana ianya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga menyentuh soal hak suami dan isteri serta soal talaq, khuluq, iddah dan sebagainya. Fiqh Jinayat ialah ilmu yang mengenengahkan soal jenayah serta penghukuman atau dendaan mengikut Islam. Yang terakhir dan yang terpenting ialah Fiqh Wanita, di mana permasalahan wanita akan dibincangkan, ianya termasuk jenis-jenis darah, air, aurat, perhiasan serta perbezaan lelaki dan wanita di dalam beribadah dan sebagainya.

Kelima-lima jenis fiqh ini penting bagi melahirkan generasi yang berilmu serta beramal. InsyaAllah.


OBJEKTIF

  1. Mendedahkan kaedah-kaedah ibadah yang sebenar.
  2. Memahami undang-undang perkahwinan, perniagaan dan jenayah di dalam Islam.
  3. Mendefinisi terma-terma di dalam ilmu Fiqh.
  4. Memperkukuhkan keyakinan tentang hukum-hakam Islam.
  5. Mempraktikkan ilmu Fiqh dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment