Tiada Istilah Malas Bekerja Untuk Dapat Duit


Kita sering terjumpa iklan-iklan yang menawarkan pelbagai program perniagaan dan memperolehi keuntungan yang lumayan dengan hanya melakukan beberapa perkara mudah dan di akhir iklan ada tertulis “Orang Malas Pun Boleh Buat Duit”. Jika kita berfikir secara logik akal, mana mungkin seseorang yang malas mampu membuat duit ribuan ringgit tanpa melakukan sebarang kerja.

Kebiasaannya iklan seperti ini adalah satu bentuk penipuan yang hanya ingin mengaburi minda seseorang. Ini kerana sikap malas sememangnya ada dalam diri setiap manusia secara semulajadi, cuma bagaimana seseorang itu menangani sikap ini agar tidak melarat. Orang yang terpengaruh dengan iklan-iklan seperti ini adalah orang yang mempunyai minda yang lemah kerana ia akan terfikir “oh, orang malas macam aku ni pun boleh buat duit dengan program seperti ini”. Maka dia pun memasukkan sejumlah wang sebagai yuran penyertaan dan menerima program yang dijanjikan. Oleh kerana dari awal lagi mindanya telah disematkan sebagai seorang yang malas, adakah dia akan melakukan sesuatu kerja selepas mendaftar? Sudah tentu tidak, maka duit habis begitu sahaja dan hanya menguntungkan si pembuat iklan yang auta semata-mata.

Sebenarnya tiada istilah untuk berjaya tanpa sebarang usaha mahupun kerja. Cuma bagaimana seseorang itu berusaha atau bekerja adalah bergantung pada setiap individu itu sendiri. Justeru, jangan buang masa melayan iklan-iklan seperti ini, anda seharusnya mengenali idea-idea perniagaan atau pelaburan yang benar-benar bermanfaat dan sesuai dengan anda sahaja.


Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD





Jom! Sertai Kami, Belajar Secara Online
Pendaftaran Dibuka Sepanjang Tahun 

1 comment: