Adakah Anda Mampu Menjawab Soalan-Soalan Ini?
Di sini disenaraikan beberapa soalan-soalan asas untuk menilai sejauh mana pemahaman kita tentang ilmu asas fardhu 'ain yang menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim/ah untuk beribadah kepada Allah SWT. Selamat mencuba!
- Apakah yang dimaksudkan dengan qada' dan qadar?
- Apakah hukum beristinjak?
- Berapakah tempoh maksima nifas?
- Apakah hukum minum air musta'mal?
- Orang yang ambil wudhu', tetapi tidak membasuh kepala, adakah sah wudhu'nya?
- Suami isteri yang telah melakukan jima', tetapi tidak mengeluarkan mani, adakah perlu mandi wajib?
- Apakah hukum duduk iftirasy semasa duduk antara 2 sujud?
- Apakah hukum menahan buang air ketika solat?
- Apakah hukum berpuasa pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah?
- Apakah warna-warna darah haid?
- Perempuan yang berhenti haid pada waktu Maghrib, adakah perlu qadha' Solat Asar?
- Apakah yang terjadi pada air yang kurang 2 qullah yang dimasuki najis?
- Bagaimanakah caranya mencuci najis mukhaffafah?
- Adakah orang yang meninggal dunia sebelum terbenamnya matahari di akhir bulan Ramadhan wajib membayar zakat fitrah?
- Rukun solat terbahagi kepada berapa?
- Berapakah tempoh 'iddah bagi perempuan yang bercerai hidup?
- Bagaimanakah cara untuk bertaubat?
- Apakah syarat-syarat untuk mengqasarkan solat?
- Apakah perbezaan antara makmum masbuk dan muafiq?
- Adakah membasuh telinga termasuk dalam fardhu wudhu'?
TAHNIAH! Diucapkan kepada anda yang berjaya menjawab semua soalan ini dengan betul tanpa merujuk pada mana-mana rujukan. Selamat beramal.
Sekiranya ada soalan-soalan yang anda tidak mampu jawab, tidak ingat atau tidak tahu, maka anda perlu bertindak untuk 'mengemaskini' pengetahuan dan pemahaman asas ilmu fardhu 'ain anda. Ingat! Ini baru beberapa soalan, terdapat banyak perkara lagi yang WAJIB kita tahu sebagai seorang Muslim/ah.
Belum terlambat untuk bertindak dari sekarang, pihak kami bersedia membantu anda.
No comments:
Post a Comment